05 Februari 2013

Resipi - Nasi Daging Brunei ...alahai pasti sedapnye...

Assalamualaikum semua
sihat ke? mudahan semuanya sihat sejahtera je tgk2 dapur siti ni ye 
^____^

btw curi masa nak update dapur...asyik jadi draft je bila nak taip...
sambung balik then jadi draft balik uhu...
akhirnya jadi error pulak...kes malas dah tu ehe ;p

btw resipi ni siti dapat dari buku masakan my mama, 
my mama mungkin dapat dari sapa-sapa lah kan..
juz tulis dengan kuasa tulisan yang cukup memeningkan mata melihat haha..
last-last kena tanya jugak kat mama, coz takut x menjadi masakan nanti ^.^

simple je but yet SEDAP
^____^

^

NASI DAGING BRUNEI ^__^

Beras siam - basmathi secukupnya
Isi Daging - dihiris nipis
1/2 cawan susu cair 
1/2 cawan minyak masak 
3 SB planta/ minyak sapi
2SB sos tomato
sup bunjut / kepala rempah secukupnya
gula dan garam secukup rasa 
Telur sebagai hiasan

Bahan tumis :-

1 labu bawang besar – dikisar 
3 ulas bawang putih – dikisar 
1 inci halia – dikisar
sedikit serai

Caranya : 

 Panaskan planta atau minyak sapi, tumis kepala rempah, bawang yang dikisar dan halia.
 Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi 
 Masukkan daging, sos tomato dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.  Setelah air mendidih, masukan gula dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair/ santan.
 Masukkan beras, kemudian masaklah di rice cooker seperti biasa selepas sebati di gaul. Gemburkan nasi

DONE ^___^


*** siti tambah lagi dengan sos cicah merah belacan dan goreng telur secara berasingan...alamak x sangka 2nd makan uhu ^.^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan