13 November 2011

Tips Etika Memandu semasa Hujan

Lately, cuaca agak x menentu kan, kejap hujan kejap panas kan
tahap suhu badan pun menjadi x stabil..
so rasanya badan yang kurang antibodi, better ambil good supplemen
bagi mengelak demam ^__^

stori2 pasal cuaca ni, elok rasanya siti berkongsi pembacaan siti
mengenai tips2 memandu semasa hujan
~ehe pic di bawah ni, memandu semasa panas haha :P~

Pic ni menggambar keadaan jalan yang cukup jem, siti ingat
of coz ada accident kat depan,
tau2 apa terjadi? NOTHING!!!
tapi apa hal orang reduce sgt?
~bikin sakit jiwa je time2 balik2 keja kan ehe~

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja. ~ pernah terjadi kat siti ni, konon nak cepat, bila di race, menampiar ta keta jadinya, alhamdulillah nasib jugak x terjadi benda yang baik kat siti, fuh....jadi pengingatan untuk semua gak ni n satu PENGAJARAN utk siti ^.^~

Betullah, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, kan naya tu? better berwaspada ya.

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.



Siti - paling tidak suka bila accident sebelah jalan, driver kat area kita yang di sebelah ni

BZ nak tgk, ha....tu yang jadi trafik jugak jalan kita tu uhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan