31 Ogos 2009

Diari Siti last Weekend

Diari siti last Saturday


0700 pagi - dah bz, laundry je hehe

0800 pagi - siti baking kek Moist Choc
sambil2 tunggu kek siti masak,sempat jua gaul2 adunan untuk seterusnya
kek Choc Maltersers

0900 pagi - sempat g baking kek Oreo

1000 pagi - masuk kek Maltersers dalam oven
sambil2 tunggu kek Moist Choc masak, sempat jua siti kemas2 bilik huhu

1200 tghri - dah start mengukus Celapam,nk dekat 2 jam tau..fuh...

1400 ptg - dah start mengukus apam icecream.wah...ngalih eh...
ni my sis tolong, masukkan adunan dalam acuan..TQ sis

sambil2 mengukus, sempt lagi 2 ke kedai, membali kotak kek huhu kehabisan stok hehe
baik jua hampir bah kedai ah..sori nada assistant :)

1600 onward - sambil2 tunggu my customers ambil orderan, sempat jua siti masak2 untuk penyungkaian...nanti kita share ye apa juadah siti dalam puasa2 ani...eh mcm2 bah liur ah..

sebagai rujukan saja ah...bukan apa, kadang ada yg x faham jadual padat siti, itu pasal lah siti minta 2-3 days sebelum mengambil orderan...hehe...TQ ye to yang sentiasa support siti selama ani...love ye...

Sehari yang cukup BZ - Part 3 hehe




Kek Choc Maltesers dan Kek Cheese Nutella
yang diorder oleh Cgu Mira@jannah di OKSB Kilanas

TQ Cgu, hope u like it..

Sehari yang cukup BZ - Continue hehe






TQ 2 Hani di kiarong for de celapam, gebu kan my celapam hehe
TQ 2 Malina for kek Cheese Blueberry

jgn jara k...TQ So Much

Brownies... Brownies




meh kenalkan my brownies

so rich dengan rasa coklat yum so crunchy
disaluti dengan almond hehe
mesti ada peminatnya nie..

$14 sahaja
8x8

Sehari yang cukup BZ...







TQ 2 Hani di kiarong 4 Apam Ice cream & Celapam
TQ Zafia keraja di Alex-Kelvin Ting Sdn Bhd 4 Kek Oreo
TQ Anne 4 Browniesnya...

Dalam siti bz ambil tempahan keks, siti pun terima tempahan apam Icecream & Celapam
Tq ye Hani, 1st ta seumur hidup siti mjual kuih muih eiseh...
coz selama ani pun, juz mbuat untuk famili or untuk sedekah kat jiran2 siti..hehe

Tempahan Kek Choc Moist




TQ Hjh Idah Di UNISSA, memang customer siti yg biasa tempah..TQ TQ
Tq Mimi Diana, minggu2 mesti order huhu...jgn jara lai

28 Ogos 2009

Resepi - Ayam Gulai Kari



Bahan-bahan ( makan 2 orang, mestilah bersama yang tersayang huhu)

* ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir
* 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - dimayang halus
* daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai terlebih dahulu
* rempah kari 3 sudu - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
* santan 1/2 biji
* asam keping, secubit garam & gula
* kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas)
* 2 biji kentang

Cara-cara

1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak
3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
4. masukkan santan, asam keping & secubit garam
5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

TADAA... siap untuk bersungkai

nanti update gambar k

dalam sibuk2 baking sehari dua ni, memang full baking je...siti mesti dapat curi masa untuk memasak untuk penyungkaian..mcmana bz pun, mesti ada masa untuk memasak, coz hby mau jua kan makan masakan siti walaupun sekdar goreng telur huhu...

nantilah ye siti update gambar keks siti,masih dalam peti keselamatan hehe...alhamdulillah orderan demi orderan sentiasa siti terima dalam seminggu tani puasa ani, syukur alhamdulillah, rezeki yang Allah Ta'ala berikan...

Dalam berpuasa ani jua,sentiasa jua tani beringat dalam berbelanja..almaklum, hujan turun udah hehe, so kena set2 jua untuk perayaan secara berhemah...coz banyak udah didgr, after raya, banyak hutang kan dibayar..so tani mesti pandai planning our budget supaya tani nda luan over belanja,biasalah tim2 sale ani ta terkadang tani membali yang nda fidah2...useless jua kan...sayang saja duit...udah dirumah, juz dalam box saja..so biar tia tani dulukan apa keperluan yang mustahak, bukan mengikut hati tani berbelanja saja...so fikir2 kan ta...sediakan payung sebelum hujan...

Resepi - Mee Bandung



seksi eh mee bandung siti ah, menggoda banar ah...huhu...sabar2 tim puasa ni

kan siti udah gtau siti minat banar any hidangan mee...hehe...jarang banar menolak so kami pun sungkai dengan mee bandung special ani...so bleh try ah...can any1 antar report mana2 resepi yang di cuba dari blog siti ,boleh ?hehe...kan tau jua progress yg try...TQ can email me f ada kesempatan...

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500g udang kering segar
* cili untuk menumis
* gula pasir
* bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
* bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
* mee kuning 1 peket
* sotong basah
* telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
* Sayur sawi 2 ikat
* tauhu goreng 5 keping
* garam
* air untuk kuah
* 5 biji tomato segar
* minyak untuk menumis
* daging (optional)
* Bawang goreng

Cara-cara

1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

TADAA....siap dah...klu ikut style siti masak tim2 posa ani, siti masak dekat2 pukul 6, preparation juz 30min mcm a2...so tim sungkai masih panas2....

UPDATE : Senarai Tempahan Kek untuk Hari Raya

HAppY HoMe BaKInG

Tel : 7140236(Siti Ameera)

email : ameera9125@yahoo.com


Senarai Kek Harga


Kek Cheese Blueberry 25.00

Kek Cheese Coklat (Versi 1) 25.00

Kek Cheese Coklat (Versi 2) 25.00

Kek Cheese Marble Coklat 25.00

Kek Cheese Marble Walnut 25.00

Kek Cheese Nutella 25.00

Kek Cheese Oreo 25.00

Kek Cheese Chipmore 25.00


Kek Pelangi 15.00

Kek Oreo 13.00

Kek Marble 15.00

Kek Neslo 12.00

Kek Batik 18.00

Kek Batik Kenyalang 18.00

Kek Mata Kucing 17.00

Kek Sarang 17.00


Kek Moist Coklat 25.00

Kek Coklat Malteser 28.00


Bebola Cheese Coklat 16.00 (20 biji)


Brownies 14.00

Moist Brownies 18.00

Cheesy Brownies 18.00


Kek Lapis Coklat Cadbury 30.00

Kek Lapis Cream Cheese Cracker 30.00


Triple (80sen satu) minima 20 kontena

Kek Puding Oreo 13.00

Kek Puding Cocktail 15.00

Kek Puding Marble Fantasi 18.00

27 Ogos 2009

Resepi : Taugeh Celur




sayur ani memang feberet siti n hby...ingin jua kan makan...so antara menu simple untuk bersungkai hehe...layazzz....

Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 150 gm taugeh
* * 2 sb air panas
* * 1/2 sk serbuk pati ayam
* 1/2 sk kicap pekat
* 1 sb kicap manis
* 1 1/2 sb sos tiram
* 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
* sedikit lada sulah
* secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Resepi : BBQ Ayam



kes kan ber BBQ ani nada banarnya dlm list memasak siti kelmrin, tpi since hby bawa ke stadium, kan liat kuih saja...terseliur jua tia kan Ayam bersalai huhu...nasib baik jua, jam masih pukul 2.30, balik2 keraja tarus ke stadium..hby tarus bawa balik lepas belurih kuih lapis feberetnya ah hehe...tpaksa ta singgah bali apa yg patut untuk menguli ayam...hairan banar, nda hby taisliur kan mbali saja wak2 di stadium ah..mau jua kan makan air tangan wifenya huhu..mcm2 saja kan...faham2 saja ta :)

tani layazz je resepi siti untuk ayam BBQ ani, yum....so yummy...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 2 kg ayam
* 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
* 5 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 2 sudu besar serbuk cili
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 2 batang serai
* 1 sudu besar serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih
* 1 sudu kecil serbuk ketumbar
* 1 sudu kecil garam
* 1 cawan gula

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 2-3jam.(lagi lama perap lagi sedap, hehe nda sempat)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

HaPPy Trying :) rugi nda try...

Dapat Hadiah ye...



saja nk tayangkan fresh kurma dri california hehe...Col Tay, DA Singapore yg kasi kat siti,alhamdulillah...mcm tau saja kurma di rumah kan habis hehe, pandai banar makan bah di rumah ah huhu..

rasanya ada berlainan sikit dari kurma dari Tanah Arab..lebih sedap kurma kebawah Duli bagi siti :)

Tempahan kek oreo & kek Cheese Nutella






ani aktiviti baking siti kelmarin...semua baking terpaksa mliat diari huhu, tpaksa jua mliat sapa yg dulu membooking...

TQ Suzana 4 nutella cisnya
TQ Lina Aris di JPM 4 kek oreo
TQ Juliana di Mulaut 4 blueberry cisnya

26 Ogos 2009

Tempahan Kue Tiaw




ni orderan Hjh Idah di UNISSA, TQ TQ
sealuminium ni siti jual $30, anggaran makan 8-10 org
dia request juz udang...tadaa...besar nye...hehe

Kek Marble Coklat




menu kek bersungkai, hby minta request minta buatkan kek marble coklat...siap balikan bahan2 lagi 2..kek ani blh hbis oleh mr hby huhu..feberet banr...sejam pun blh hbis kek ani hehe...

perkenalkan kek Marble Coklat dri siti..

harganya $15 8x8

f kan mgorder, 7140236

CreaMy Cocktail




perkenalkan Creamy koktail siti dlm

Cocktail fruit + Small Shell + Cream
size biasa $1 setiap satu
Minima 20 pcs

ni orderan pertama yg nda sengaja dri kwn siti, Hjh Shasha di Kewangan,
asking buatkan yg koktail yg creamy...alahai, biasanya siti buat untuk org rumah sja,terkena kwn siti sendiri yg request...tpi blum tau penerimaan org hehe...so siti try...alhamdulillah...cukup gombira GOmbira siti mendengar TQ Hjh...pasal u ta, me perkenalkan new member di dapur siti ani

actually kan, untuk kan menetapkan harga menu ani, payah bnr eh...coz siti sendiri pernah survey kat gerai2 ramadan, x sama coz drg buat dibawah ada kastard dibawah right? a2 pun udah $1.50...then kelurusan jua ke RIPAS, terliat jua di koperasi disana, ada jual $1.20, tpi damit sedikit...
huhu..tawakal sja, $1 sja...coz harga2 yg siti sebutkan tadi, siti sendiri pun KEMAHALAN hehe..layanzzz je....

f any kan mgorder, sila2...

Tempahan Blueberry Cheese Cake



ni aktiviti baking siti yg pertama selepas off baking huhu...

TQ TQ to Hjh Azizah sefamili ,yg keraja di UBD 4 5 takir cis bluebrry

sempt jua siti risik2, rupanya kek cis ani untuk majlis bertahlil o....

ptutlah banyak,moga ibadah bersedekah diberkati oleh Allah Ta'ala jua amin...

jgn jara ka hjh ah...:)

25 Ogos 2009

Resepi : Nasi Goreng Cina,Pak Choy Masak Sos Tiram dan Ayam Masak Merah



yg ani ativiti masak2 siti puasa hari kedua..semuanya simple je n menepati tekak siti & hby...semua dlm satu...hby taisliur nasi goreng cina & ayam masak merah. siti lak taisliur sayur pak choy campak2 hehe..

meh tani subuk2 resepi2 ani k...HaPPy Trying

NASI GORENG CINA

Bahan-bahan ( 2 orang )
2-3 cawan nasi
3 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar mixed vege
150gm isi ayam-potong dadu
10 ekor udang sederhana-dibuang kulit
2 biji telur-dipukul sket
minyak masak secukupnya
sedikit minyak bijan
garam dan serbuk pepper
1 batang daun bawang-dipotong2
1 biji cili-dipotong2

Cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.

AYAM MASAK MERAH STAIL SITI

Bahan-bahan ( 2 orang )

1/2 ekor ayam
garam kunyit
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1cm halia
3 sudu besar cili kering- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara
Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

SAYUR PAKCHOY MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan ( 2 orang )

seikat sayur pakchoy

Bahan utk masak ;
- 2 sudu kecil minyak masak/zaitun -
- halia (sebesar ibu jari)dipotong/racik halus
- 2 ulas bawang putih diracik halus
- 5 sudu besar sos tiram (ikut rasa)
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air

Cara-cara
Bersihkan sayur tersebut dan rendamkan ia sekejap dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan dengan minyak masak (spy sayur kelihatan segar ketika dimasak dan mengelakkan zatnya hilang)
Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih sehingga naik bau
Masukkan sayur tersebut dan kuali tersebut ditutup dengan penutup (stir-fry). Biarkan selama 3 minit.
Kemudian, masukkan gula (secukup rasa) dan air. biarkan selama 3 minit.
Akhir sekali, masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Biarkan jap dalam 3 minit.

Ok, dh siap utk dihidangkan....

Resepi : Mee MaMak SpeciaL



ni first yg tangan siti masak untuk berbuka puasa...liur ni kan makan mee sja..so jadi ta mee udang ani...look so nyaman kan...hehe...sja lah kan menggoda 2..baik ta memasak untuk bulan pausa ani, puas hati...terjamin keselamatan & kebersihan...yg special ialah air tangan tani sendiri...mr hby biasanya ask siti untuk memasak sja mengikut seleranya hehe..mee ani untuk hby jua coz hby ada rista kan mkn mee tpi nda gtau mee apa...luan byk yg siti biasa buat,

so bila kan sungkai, hby cakap, mcm tau jua ah mee apa abg mau huhu...point dapat udah :)

so meh layazzz mee siti ani

Bahan-bahan ( anggaran untuk 3 org mkn )

1 bungkus mee kuning
3 ulas bwg putih
3 sb lada giling
4 sb kicap manis
1 keping tauhu grg{dptg dadu}
2 biji telur ayam
secekur tauge
sedikit sawi
sedikit isi ayam@udg@daging
sebiji lada merah{dptg biasa}
sedikit garam & serbuk perasa
1 biji limau nipis
sedikit bwg goreng
sedikit daun sup&timun untuk hiasan
sedikit minyak msk utk menumis

Cara-cara

mula2 tumis bwg putih,shingga naik baunya,masukkan lada giling dan kicap manis,tumis shingga kelihatan lada giling agak kering sedikit,masukkan pula isi udg{siti buat guna udg segar + daging skit}tumis lagi sehingga udg betul2 msk dan masukkan mee kuning{msk dgn api perlahan}pecahkan telur 2biji td didlm kuali..

gaul sampai rata telur td itu bru lah masukkan sedikit garam{mengikut masing2 punya rasa la..}dan masukkan bhn2 sampingan seperti sawi,lada besar,tauhu grg dan last sekali masukkan tauge..msk sehingga hampir2 kering dan last sekali sebelum padamkan api,masukkan sedikit perasa..gaul lagi dan angkat untuk dihidangkan.

P/s : Untuk lebih sodap lagi..taburlah daun bwg,daun sup dan perahkan sedikit limau nipis. selamat mencuba..!! jgn nda dicuba!!!

Alhamdulillah...

1st of all, siti mengucapkan selamat berpuasa...jgn nda posa w/o reason ,dosa tau huhu...posa ke4, baru ta keraja...alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dan usulnya bz jua arah keraja ni...nda kurang jua lepas keraja, start baking hehe...rmai jua yg sms, tnya bila ta siti ni strt baking...alahai masih off baking pun kena cari hehe...btw TQ TQ....sampai ada yg sms,suruh jgn lama off blogging huhu, coz kan cri resepi baru adeh...

since awl puasa, start sungkai dirumah my mertua ,hri ke2 di rumah my parent then hari k3 dirumah my mertua balik...hehe pusing2 nampak...siok jua...

kenyang sja after sungkai, sambil2 a2 sempt lagi menyubuk ke gerai2 ramadan di bandar...walaa....punya lah ramai org...niat di hati cuma kan makn cakoi cina (panggilanku arah cakoi ani) je ...minta tahan iman jua, supaya nda ikut nafsu mata,biasalah f posa ni, semua diliat nyaman & semua jua kan dimakan klu boleh...jgn diturutkn banar tkut pembaziran...jgnta bagi contoh org,siti sendiri sja...sayang duit kan, nda jua bemakan,luan byk di atas meja..so apa yg dibali nda bemakan..fuh....ok cukup2 ta membebel di bulan puasa ani...ngalih eh...ok chow...

21 Ogos 2009

BREAK kejap...boleh....

memandangkan esok tani berpuasa, siti ingin minta break f dapat huhu dri baking2 hehe...coz nk break kn diri dri segala keraja huhu...n siti nk break kejap dri blogging start esok til isnin...huhu..our offday yahooooo....panjang cuti kami...coz ada cuti ganti hri sabtu huhu jgn jeles...so plan kan break fast esok di rumah my mertua yg tersayang hehe...rsanya tahun lepas udah break fast 1st day di rumah my parents so dis year 1st day kan break fast disana plg..

ada jua angan2 kan masak2,apa ah? siti fkir sampai esok je...saja kan meramaikan makanan di meja plus kan menambat hati mertua hehe...senang jua hatinya, dpt menantu pandai memasak utk jaga anaknya hehe...sapa nda sayang mr hbby huhu..

seni memasak ani 4 siti, mesti diasah sampai tajam,sampai2 ada org terkenang2 masakan tani ,dahsyat jua 2...nda lah, biar drg kenang yg baik2 saja...ok bye

SELAMAT BERPUASA



Selamat berpuasa untuk semua kaum muslimin & muslimat di brunei specially to customer2 siti yang sentiasa menyokong siti selama ani..TQ TQ...

siti minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa or ada perbuatan yg menyakitkan hati selama siti berblog ani, minta maaf ye...semoga segal ibadah tani akan diterima oleh Allah Ta'ala jua amin...

Salam Sayang dri Siti,peace...

20 Ogos 2009

Kek Coklat MALTESER




rasanya siti udah perkenalkan kek ani, hehe ada jua yg sms tadi bertanya huhu..perkenalkan kek coklat MALTESER, yummy coklat ni...siti memg chocoholic, so suka sgt f kek2 yg siti baking membabitkan COKLAT hehe...

Kek Coklat dibawah
disaluti & dilimpahi dengan Creamy Milk
& ditaburi dengan coklat MALTESER

YUMMY & boleh cakap,makan nda nampak telinga hehe...

f siti makan, memang siti nda g tercakap (hehe konon2 banar2 menikmati kek coklat ani), masuk mulut sja kek ani...huhu..bukan plg kan cakap besar cuma ani kenyataannya hehe..(angkat bakul nampak ;))

try lah f kan rasa...

Kek Neslo



ni kek neslo yg diorder oleh syakilah, lupa lak nk submit kat sni

Resepi utk mengurangkan kolestrol

RESEPI SIHAT UTK MENGURANGKAN KOLESTROL
Bahan-bahan :-
80 gm black fungus
80 gm halia
10 gm kurma merah

Cara-cara :-
1. Rendam black fungus di dalam air sehingga lembut kemudian cuci dan bersihkan.
2. Kerat halia menjadi 8 keping tanpa dibuang kulit.
3. Keluarkan biji dari kurma merah.
4. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk slowcooker.
5. Tambah 8 cwn air.
6. Masak menggunakan api/suhu yang perlahan selama 6 jam.

Tips : Seeloknya dimasak pada waktu malam sebelum tidur kerana keesokan harinya dah boleh diminum. Untuk yang tidak mengalami apa-apa penyakit, boleh juga diamalkan once in a while.

BZ dgn tempahan kek n triple...TQ TQ






alhamdulillah, rezeki sentiasa ada...mlm2 memg bz dgn keja mbaking2 ni...
balik2 keja, trus tukar baju then siapkan diri untuk bertapa di dapur damit siti...
fuh semangat, kadang siti pun hairan mcmana siti ada masa utk buat kek smpai 5 takir semlm, walhal,tdo mesti sebelum pukul 11...hairan hehe...eh, jgn ta difkirkan...

TQ Cgu Hjh Idah 4 double ordernya hehe jgn jara huhu TQ
TQ Siti Jubaidah di TELBRU 4 kek choc n Kek Oreo
TQ Mimi Diana 4 5 takir brownies...repeat order TQ TQ
TQ Syakilah 4 triple, TQ ah pse promo2kan hehe

Resepi : Mee Goreng Basah



antara menu bersungkai kelmarin, hehe...look2 seksi ah mee siti ah hehe...siti suka mee yg look basah2...menggoda liur tani kan merasa hehe, here we go resepinya...cuba jgn nda cuba..

Bahan:-
1 paket mee kuning
200 gm daging - hiris nipis
10 ekor udang
3 batang fish cake - goreng dulu sekejap dan hiris nipis
3 sudu cili kering kisar
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 sudu teh lada hitam - tumbuk
1 sudu besar kicap cair
5 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 ikat sawi
1/2 biji kobis (saiz sederhana)
sedikit air
garam

Cara Memasak:

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar dan masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga daging betul2 lembut. Masukkan semua bahan sos, garam dan lada hitam. Masukkan udang dan fish cake (kalu perlu tambah sikit air, agar mee nanti jadi agak lembab). Kacau sebentar dan masukkan carrot dan mee. Gaul mesra dan masukkan kobis serta sawi. Bila agak layu sikit saja, tutup api.

Resepi Ayam Goreng Tumis

sekali sekala, masak ayam cara lain...huhu...menu bsungkai kelmarin...sempoi je...makan dlu bru sambung baking hehe...

AYAM GORENG TUMIS

Bahan-bahan ( SeFAMILI )

Bahan2 utk Ayam Goreng (perap bersama selama 1/2 jam)
1 ekor ayam (dicuci dan dipotong saiz sederhana)
7 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2-3 sudu makan serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
garam dan aji secukup rasa

Bahan2 utk menumis :-
2-3 biji bawang besar - potong bulat2
6 tangkai cili kering - potong dua
1 tangkai daun kari
2 batang serai - diketuk
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk biji jintan putih
sedikit rempah 5 spices
sedikit jus lemon/ blh ganti limau nipis (jika suka)
Minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kurangkan minyak dlm kuali (biar cukup untuk menumis). Tumis kayu manis, bunga lawang, biji jintan manis dan biji jintan putih hingga naik bau.

Masukkan bawang besar, cili kering, daun kari dan serai. Tumis sebentar hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, tambahkan rempah 5spices dan gaul sebati.
Padamkan api dan perah sedikit jus lemon. Gaul lagi dan sedia dihidang!
sanang kan

19 Ogos 2009

Tazkirah : 8P Dalam Kehidupan Berumahtangga

dalam suka baking2 ni, siti suka baca buku mengenai anythings pasal hidup berumahtangga hehe, almaklum lah ilmu hidup ni rasanya blum cukup utk melayari bahtera marriage ani..kena perbanyakkan...moga bermanfaat..

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,

1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu

sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan
Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.

7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya..

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Antara Menu bersungkai

ni antara menu bersungkai kelmarin, huhu...liur ani mcm2 kan mkn apa , almaklum liur org puasa hehe...apalgi, blik2 keraja, singgah ke gerai sayur then bali apa yg patut...nda semana2 kan mkn sambal goreng tia hehe,tdi liur kan mee goreng, mcm2 sja bah...Hope blh try resepi nda berapa ani huhu...ku ani suka f apa yg ku masak,usulnya meriah hehe, like ramai lah...mcm2 ada...f nada stok bahan, masak yg patut sja...

SAMBAL GORENG

Bahan-Bahan

300 gm daging lembu (direbus hingga empuk dan hiris nipis atau ikut citarasa anda)
2 keping tauhu saiz sederhana (potong ikut suka)
3 peket tempe- potong ikut suka - yg sepeket $1 sja

Goreng tempe dan tauhu berasingan dgn minyak masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
2 btg serai
1½ cm lengkuas
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering (direndam dgn air)

Bahan Hiris

3 btg cili merah
3 btg cili hijau
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih

300 gm kacang panjang (dihiris serong2)
1 biji kentang (potong ikut suka)-optional
100 ml santan kotak
100 ml air
sedikit air asam
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar gula
¾ cawan minyak (atau secukupnya)

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2) Kemudian, masukkan bahan hiris sambil dikacau-kacau hingga bawang layu. Masukkan pula hirisan daging tadi bersama kacang panjang. Kacau sebentar.

3) Seterusnya, masukkan tempe, tauhu, kentang, santan, air, air asam, gula dan garam. Kalau kering, boleh tambahkan sedikit lagi air.

4) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut tekak sorang2..

Petua : Hilangkan semut di dapur

Bagi mencegah semut, ambil segenggam bunga cengkih dan taburkan di kawasan yang terdapat banyak semut. Biarkan hingga wangian cengkih hilang. InsyAllah semut akan lari dan kita tidak lagi berhadapan masalah ini...senang kan

18 Ogos 2009

Petua : Hilangkan Hanyir Hati Ayam

HILANGKAN HANYIR HATI AYAM

Bagi mengatasi masalah hanyir hati ayam, ambil tepung gandum , garam , daun pandan dan perahan limau purut serta limau nipis. Gaulkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan biarkan selama 20 minit . kemudian basuh dan toskan.

Resepi Sup Tomyam Siti



ni sup feberet kami dua hehe, semua famili siti pun minat sup siti ni hehe...sodap, f dihirup tim2 panas2, yum....sampai nda tliat dengar hehe (pedas lah 2)..menu pedas2 memg feberet siti...hby x berapa minat...but a kind of like udah masani hehe...pedas tpi nyaman hehe..sesuai jua utk org berdiet sup ani...

Bahan-bahan ( 2-4org )

3 1/2 cwn stok ayam
3 thin slices lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 btg serai - di titik
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 sb roasted chili paste (roasted tom yum paste)
2 sb sos ikan
3 sb jus limau nipis
4 biji tomato - dibelah empat
6 biji Thai chilies
10 cendawan
1 cwn bunga kobis - dipotong sederhana besar
1 cwn putik jagung muda (baby corn) + lobak merah (carrot) - dipotong panjang
1 sb daun ketumbar (cilantro) - dicincang
1 sb daun bawang (spring onion) - thinly sliced

Cara-cara

Panaskan stok ayam di dalam kuali. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.

Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

bz mlm ni dgn kek oreo




alhamdulillah rezeki siti minggu btambah2 samapi ada jua order yg tpaksa siti tolak sori ye...almaklumlah, siti seorg je yg mbuat huhu, pls be understand coz siti sendiri bekeraja ,so tim nk baking cuma mlm je...f sabtu - ahad, siti memg x tolak insyAllah...jgn jara hehe...TQ yg sentiasa support siti...moga Allah Ta'ala sja yg blh memblz...

mlm ni bz dgn kek oreo siti yg mendapat perhatian (famous x ia ah )mgorder sampai 5 tkir...alhamdulillah..1st dia order satu je, nk try, dia cakap...now dia order repeatly hehe...TQ ye

TQ to Cgu Hjh Idah UNISSA yg order 15/8
TQ to Mimi diana d mulaut 4 5 takirnya,TQ TQ
TQ jua to Dboy keraja di JKR, TQ hope ur GF suka hehe

17 Ogos 2009

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. SEMPENA KETIBAAN RAMADAN

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. SEMPENA KETIBAAN RAMADAN
dipetik dari Berita Harian 22/10/2003

DARIPADA Salman al-Farisi katanya bahawa Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir Syaaban sempena ketibaan Ramadan yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sudah datang kepada kalian bulan agung, bulan penuh berkat, bulan dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

“Allah mewajibkan kepada kamu ibadat puasa dan menghidupkan malam harinya sebagai amalan tambahan (sunat). Sesiapa yang pada Ramadan mendekatkan diri dengan amalan sunat, maka ganjarannya seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan lain.

“Dan sesiapa yang melakukan satu amalan wajib pada bulan ini, maka balasannya seperti orang yang melakukan 70 amalan wajib pada bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan sabar dan pahala kesabarannya adalah syurga.

“Bulan di mana wujudnya semangat tolong menolong dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka diampuni dosanya, dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.”

Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang yang berpuasa.”

Sabda Baginda: “Allah akan memberikan pahala itu kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji kurma atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.

“Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus daripada api neraka.

“Sesiapa yang meringankan beban kerja orang gajinya dalam Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.

“Hendaklah kamu memperbanyakkan mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat perlukan.

“Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu itu ialah pertama, mengucapkan Lailahillallah (tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dan kedua, mengucapkan istighfar (memohon ampun) kepada Allah.

“Dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan itu ialah pertama, perbanyakkan memohon kepada Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga dan kedua, kamu berlindung daripada-Nya azab api neraka.

“Selain itu, sesiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), Allah akan memberi minum kepadanya dari kolam aku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum saja yang menjadikan dia tidak akan berasa dahaga selama-lamanya hingga dia masuk ke dalam syurga.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah).

Resepi Cakoi


ni aktiviti siti f nada keja baking2 huhu
so kita kongsi resepi ye...resepi cakoi yg siti belajar...actually yg diajar kecik je
ni yg dia dah besar udah...hehe...nda mao yg jenis damit2...

MINI CAKOI

Ingredients :
3 cups flour
1 1/2 teaspoon salt

Yeast mixture :
5 gm (1 1/4 teaspoons) instant yeast
1 cup water
1 tablespoon sugar
2 cloves garlic ~ cut into pieces

Method :

1. Mix all the ingredients in the yeast mixture and let it stand for 10 minutes before using.
2. Sift flour and salt into a bowl and pour in the yeast mixture (remove the sliced garlic).
3. Knead till a soft dough is formed.
4. Leave to rise for 30 minutes in a covered bowl.
5. Roll the dough till about 1/2 cm thick into a rectangle.
6. Cut the dough into small rectangles and arrange on a floured tray.
7. Leave to rest for 1 hour before frying.
8. Heat oil, pull the small rectangle and fry them in hot oil till golden brown.

Bz dgn tempahan



hehe alamak kek oroe siti x clear, so x dpt nk tgk...nnti ajelah huhu

TQ Cgu Hjh Idah UNISSA for kek moist coklat n kek oreo...hope u like it :)

Triple ....Triple.....



sebahagiaan dri triple yg diorder TQ TQ

tq 4 ordering...

TQ Cgu Hjh Idah, UNISSA
TQ Rina di sengkurong
TQ Cgu Hjh Habibah

15 Ogos 2009

bridex....bridex....

sori lah ye lama nda update almaklum siti bz dgn bridex yg last hrini hehe...ngalih bnr tpi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..walaupun siti ndadpt kan xcape baking,tq to those yg oder,jgn jara huhu..nnti2 update pic k..

12 Ogos 2009

Permintaan resepi Kek Cheese yg simple

Atas permintaan customer siti,alwe, ni sit kasi resepi seperti yg diminta...sori xde gmbr coz, masani siti masih bz baking hehe,so blum ada kesempatan nk kasi gmbr since siti x sempt nk buat kek ani huhu...tkut alwe tertunggu hehe, so as my promised, here is the recipe k TQ
PLAIN BAKED CHEESECAKE
Source: Chef Wan's Sweet Treats
Untuk Base4 cawan biskut marie (dihancurkan)
1/2 cawan gula aising
1 cawan kacang walnut, dicincang kasar
1/2 cawan mentega, dicairkan
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan diatas dan tekan ke dalam dasar loyang springform ukuran 22cm. Bakar selama 15 minit pada suhu 175'C dan sejukkan.
Untuk Filling
3 sudu besar serbuk kastad
3 sudu besar air
455 gram cream cheese
1 1/2 cawan gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur, diasingkan kuning dan putih1 sudu teh parutan kulit lemon
Cara-caranya
1. Campurkan serbuk kastad bersama air. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan garam, esen vanilla, jus lemon dan pukul lagi sehingga ia sebati.
2. Masukkan sour cream, kuning telur dan parutan kulit lemon. Dalam mangkuk yang berasingan pukul putih telur sehingga ia kaku dan kaup balikkan putih telur kedalam adunan cream cheese.
Tuangkan adunan kedalamm loyang yang telah disediakan tadi dan bakar selama 1 jam pada suhu 170'C.3.
Biarkan cheesecake sejuk sepenuhnya selama 1 jam didalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit. Keluarkan dan boleh dihiaskan atasnya dengan kepingan lemon.
Happy trying...

Permintaan resepi Buttermilk


atas request my fren yg kbetulan memg feberet Mr Hby hehe...so laynzz da resepi...n resipi boleh jugak ayam/ udang
Bahan-Bahan
Ayam/ udang
tepung jagung
Telur
Kuahnya
2 sudu butter
susu cair
susu manis + secawan Air
setangkai daun kari
cendawan
lada padi
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara-caranya
uli sebati ayam/udang dengan tepung dan telur
goreng dan ketepikan
Dikuali yang lain, panaskan 2 sudu butter tadi then masukkan susu manis + secawan air
kemudian
masukkan susu cair
cendawan
lada padi
setangkai daun kari
tambah garam dan serbuk perasa secukupnya
masak sehingga mendidih
Note : f mau berkuah, bykkan air, f nda mau,biarlah sampai pekat..
kemudian barulah dimasukkan ayam/ udang yg digoreng tadi...
tadaa.....siap...

11 Ogos 2009

cisBall lagi

to those kwn2 siti yg kan liat cisball siti, nnti siti kasi gmbr k hehe...
bz je ngan bridex minggu ni...so tunggu........sabar ye....will update soon

Mee Kolok


ani kes mls kan mkn nasi, so hby suggest kan mkn mee kolok yg pernh siti buat 2-3 mths lepas hehe
e...tkenang jua masakan wifenya huhu...
alhamdulillah, semua bahan ada, but yg penting aje...
try lah...hehe juz 2 make sure, tani ada masa utk santai memasak mee ani...
tkut tani jdi kucar kacir,pening krg kekeke...

3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka

Cara-cara
UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.

****kalau nak meriahkan / meramai2kan lg suasana mee ni hehe, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)
jgn lupa try...sodap...