25 Ogos 2009

Resepi : Nasi Goreng Cina,Pak Choy Masak Sos Tiram dan Ayam Masak Merah



yg ani ativiti masak2 siti puasa hari kedua..semuanya simple je n menepati tekak siti & hby...semua dlm satu...hby taisliur nasi goreng cina & ayam masak merah. siti lak taisliur sayur pak choy campak2 hehe..

meh tani subuk2 resepi2 ani k...HaPPy Trying

NASI GORENG CINA

Bahan-bahan ( 2 orang )
2-3 cawan nasi
3 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar mixed vege
150gm isi ayam-potong dadu
10 ekor udang sederhana-dibuang kulit
2 biji telur-dipukul sket
minyak masak secukupnya
sedikit minyak bijan
garam dan serbuk pepper
1 batang daun bawang-dipotong2
1 biji cili-dipotong2

Cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.

AYAM MASAK MERAH STAIL SITI

Bahan-bahan ( 2 orang )

1/2 ekor ayam
garam kunyit
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
1cm halia
3 sudu besar cili kering- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara
Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

SAYUR PAKCHOY MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan ( 2 orang )

seikat sayur pakchoy

Bahan utk masak ;
- 2 sudu kecil minyak masak/zaitun -
- halia (sebesar ibu jari)dipotong/racik halus
- 2 ulas bawang putih diracik halus
- 5 sudu besar sos tiram (ikut rasa)
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air

Cara-cara
Bersihkan sayur tersebut dan rendamkan ia sekejap dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan dengan minyak masak (spy sayur kelihatan segar ketika dimasak dan mengelakkan zatnya hilang)
Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih sehingga naik bau
Masukkan sayur tersebut dan kuali tersebut ditutup dengan penutup (stir-fry). Biarkan selama 3 minit.
Kemudian, masukkan gula (secukup rasa) dan air. biarkan selama 3 minit.
Akhir sekali, masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Biarkan jap dalam 3 minit.

Ok, dh siap utk dihidangkan....

1 ulasan: