18 Ogos 2009

Resepi Sup Tomyam Siti



ni sup feberet kami dua hehe, semua famili siti pun minat sup siti ni hehe...sodap, f dihirup tim2 panas2, yum....sampai nda tliat dengar hehe (pedas lah 2)..menu pedas2 memg feberet siti...hby x berapa minat...but a kind of like udah masani hehe...pedas tpi nyaman hehe..sesuai jua utk org berdiet sup ani...

Bahan-bahan ( 2-4org )

3 1/2 cwn stok ayam
3 thin slices lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 btg serai - di titik
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 sb roasted chili paste (roasted tom yum paste)
2 sb sos ikan
3 sb jus limau nipis
4 biji tomato - dibelah empat
6 biji Thai chilies
10 cendawan
1 cwn bunga kobis - dipotong sederhana besar
1 cwn putik jagung muda (baby corn) + lobak merah (carrot) - dipotong panjang
1 sb daun ketumbar (cilantro) - dicincang
1 sb daun bawang (spring onion) - thinly sliced

Cara-cara

Panaskan stok ayam di dalam kuali. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.

Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan