11 Ogos 2009

Mee Kolok


ani kes mls kan mkn nasi, so hby suggest kan mkn mee kolok yg pernh siti buat 2-3 mths lepas hehe
e...tkenang jua masakan wifenya huhu...
alhamdulillah, semua bahan ada, but yg penting aje...
try lah...hehe juz 2 make sure, tani ada masa utk santai memasak mee ani...
tkut tani jdi kucar kacir,pening krg kekeke...

3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka

Cara-cara
UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).

UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.

****kalau nak meriahkan / meramai2kan lg suasana mee ni hehe, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)
jgn lupa try...sodap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan