19 Ogos 2009

Antara Menu bersungkai

ni antara menu bersungkai kelmarin, huhu...liur ani mcm2 kan mkn apa , almaklum liur org puasa hehe...apalgi, blik2 keraja, singgah ke gerai sayur then bali apa yg patut...nda semana2 kan mkn sambal goreng tia hehe,tdi liur kan mee goreng, mcm2 sja bah...Hope blh try resepi nda berapa ani huhu...ku ani suka f apa yg ku masak,usulnya meriah hehe, like ramai lah...mcm2 ada...f nada stok bahan, masak yg patut sja...

SAMBAL GORENG

Bahan-Bahan

300 gm daging lembu (direbus hingga empuk dan hiris nipis atau ikut citarasa anda)
2 keping tauhu saiz sederhana (potong ikut suka)
3 peket tempe- potong ikut suka - yg sepeket $1 sja

Goreng tempe dan tauhu berasingan dgn minyak masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
2 btg serai
1½ cm lengkuas
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering (direndam dgn air)

Bahan Hiris

3 btg cili merah
3 btg cili hijau
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih

300 gm kacang panjang (dihiris serong2)
1 biji kentang (potong ikut suka)-optional
100 ml santan kotak
100 ml air
sedikit air asam
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar gula
¾ cawan minyak (atau secukupnya)

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2) Kemudian, masukkan bahan hiris sambil dikacau-kacau hingga bawang layu. Masukkan pula hirisan daging tadi bersama kacang panjang. Kacau sebentar.

3) Seterusnya, masukkan tempe, tauhu, kentang, santan, air, air asam, gula dan garam. Kalau kering, boleh tambahkan sedikit lagi air.

4) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut tekak sorang2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan