07 Ogos 2009

Tips untuk mendapatkan Kek Idaman

siti terima email dri mimi dri KB, kan tnya tips utk wat kek...coz mengikut critanya oooooo
kek nya selalu nda menepati citarasanya hehe...ada g 2...hope in4 ani menolong serba sedikit....

Kek tenggelam dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.
- Kek anda belum masak betul.

Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.

Kerak yang bergula pada keliling kek.
- Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.
Terdapat tompok-tompok putih pada permukaan kek. - Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.


Kek anda tenggelam terus.
- Suhu oven anda terlalu panas dan cake terlalu lama dibakar.

Kek berderai bila dipotong.
- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.

Kek melekat pada loyong pembakar.
- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.- Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.

Bila kek naik dan retak di tengah permukaan.
- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.

Keliling kek keras.
- Kek telah dibakar pada suhu oven yang terlalu panas.

Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah.
- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.

Warna yang tidak serata pada permukaan kek.
- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.

Kek naik tidak serata.
- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.

Kek yang telah dibakar berlubang.
- Adunan mentega dan gula tidak dipukul sehingga kembang atau suhu oven terlalu panas.

Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.
- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan