28 Ogos 2009

Resepi - Ayam Gulai Kari



Bahan-bahan ( makan 2 orang, mestilah bersama yang tersayang huhu)

* ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir
* 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - dimayang halus
* daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai terlebih dahulu
* rempah kari 3 sudu - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
* santan 1/2 biji
* asam keping, secubit garam & gula
* kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas)
* 2 biji kentang

Cara-cara

1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau
2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak
3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut
4. masukkan santan, asam keping & secubit garam
5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

TADAA... siap untuk bersungkai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan