Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

15 Mei 2014

Ayam masak kicap - simple untuk our Haiqal ^^ lovin it

Kekadang siti tersilap bila bab memasak untuk ckecil umur di bawah 5 tahun ni

adoi...maaf ya nak...

maklumlah mama haiqal ni suka makanan pedas2..tu kdg terlupa memasak untuk SATU family...

so...secara kebetulan buat ni, time weekend..so senang buat dua kerja...

satu buat khas untuk mr haiqal n satu untuk kami laki bini ^^

biasalah...satu pedas n satu x pedas untuk our haiqal...

semangkuk ni mr haiqal ratah plus kentang2nya sekali...

bagus nak ^^ hurreeeeyyyy.....

nanti lagi mama masak yang sedap2 untuk haiqal ye...janji haiqal mesti makan haha ;p
~paksa tu ;p~


AYAM MASAK KICAP ALA HAIQAL'

Ayam yang dipotong kecil , khas untuk ckecil ^^
sedikit halia muda
Bawang putih di cincang
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap cair
ubi kentang - di potong kecil
4 kepala rempah

CARA MEMBUATNYA:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan halia muda, bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan ayam yang dipotong dan goreng sekejap. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau rata dan masak sekejap.

 Masak dengan api sederhana hingga masak. sesuaikan dengan perasa dan garam.

DONE ^_____^



Alhamdulillah....fav haiqal sama je with his mama, suka masakan masak kicap ^^

25 April 2014

Cucur Ayam ala MAMA Haiqal...siti lah tu ehe ^^

bila korang xde idea untuk bekfas n kes malas kan keluar bli bekfas di kedai like siti ^.^

tgk2 bahan di icebox....kot ada isi ayam...tepung mesti ada ehe...nama kan buat cucur ^^

jom...buat bekfas untuk c cinta di rumah 

senang je babe ^^

http://eemoticons.net


CUCUR AYAM ala MAMA HAIQAL ^^

Isi Ayam secukupnya - dicincang ^^
1 biji telur
Tepung secukupnya
sedikit Cili kisar - sikit je untuk toddler ^^, 
Bawang Besar - di cincang
serbuk soda bicarbonate
sedikit kiub ayam

CARANYA

Gaulkan Ayam cincang dengan sebiji telur dan kiub ayam ke dalam tepung yang diayak. Masukkan Bawang besar n Lada kisar, gaul sebati...biarkan 15-20min...

 Goreng mcm buat cucur biasa di atas api yang slow...

DONE ^_______^

licin....babah n haiqal makan sepinggan ehe...tu yang jadi semangat siti menggoreng2 tu ^^



adunan yang dibiarkan 15-20min ^^

30 November 2013

Ayam Goreng Berempah Lada Hitam - SEDAP!!

last time buat bekal ke ofis, kebetulan kan stay di ofis..so terpaksa buat bekal secukupnya utk lunch..
asal perut kenyang je...
yang lupa siti bawa was NASI...haha adoi2...mcmana pulak bisa terlupa bawa nasi..

so luch time hanya beratah ayam ni je uhu...
hmm...will bersyukur saja dengan rezeki yang ada..mayb nasi tu bukan rezeki siti agaknya..jadi rezekimakanan ayam di rumah manggis kitaorang 
^___^


AYAM GORENG BEREMPAH LADA HITAM ^_^

Bahan kisar:
1 inci halia
3 batang serai
5 ulas bawang putih
sos lada hitam secukupnya

Bahan perap
Ayam
serbuk kari ayam
1 biji telur
daun kari
garam

Cara masak:

Perap ayam dengan semua bahan diatas selama 1jam... Goreng ayam dengan api sederhana..

DONE ^___^

09 Oktober 2013

Mencuba Ayam masak sos peri-peri ^___^


kita perap dulu ayam ni sebelum dipanggang atau digoreng ^__^


Alhamdulillah..ni hasilnya ayam ala peri-peri siti...simple but yet yummeh...mr lov mkn dua round haha...mkn di rest, udh pricey nk...meh masak-masak ♥♥♥

Ayam ala peri-peri, potato salad n french fries...homemade je ♥♥♥
Ambil berkat memasak dengan air tangan as wife n ibu...suami makan 2 rpund ta yang mahai haha ;p memasak pun jadi happy 

Bam2 haiqal mkn potato salad n fries je haha...

AYAM PERI-PERI

Ayam secukupnya
Sos peri-peri sweet hot
Sos cili
Sedikit madu
Bawang putih di cincang
Serbuk lada sulah n lada hitam secukupnya..ala2 je
Sedikit garam n serbuk pati ayam

Cara penyediaan

Gaul semua bahan bersama ayam yang dibersihkan...perap selama sejam ♥♥♥
Can dipanggang atau di goreng...

yang ni siti cuba goreng, golap gelita pulak jadinya haha ;p
tapi sedap tau...

22 September 2013

Perapan Ayam Goreng Crunchie ...yum~~~

As a working mum, siti selalu stokkan bahan di esbok untuk kemudahan memasak siti..
so bahan gorengan dan stok masakan memang x terkecuali...

ala...untuk jimatkan masa kan ehe...
maklumlah masa terluang juz waktu weekend, 
so weekend time masa untuk buat stok seminggu..

shopping brg dapur pun siti suka buat time weekend..
borong masa untuk 1 minggu, next weekend blh shoping lagi..
^____^

jimat masa dan tenaga...
chewah ehe...

will...haiqal dah makan masakan kita2...so bertambah sikit untuk bahan..
dah kurangkan lada, tkut haiqal kepedasan uhu...
kena ada dua kontena, 1 kecil n 1 sederhana bsr untuk kami dua
^___^

ni juz nak share stok ayam goreng untuk lunch/ dinner
^___^

simple2 je....



AYAM GORENG CRUNCHIE YUM2


1/2 ekor ayam 
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
sedikit serbuk jintan manis
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa atau serbuk perasa ayam
sedikit paprika

Cara penyediaan

Kisar semua bahan kecuali ayam hingga sebati..kemudian lumur ayam dengan bahan kisar..
simpan dalam kontena..bila nak goreng, blh dikeluarkan..

DONE ^__^

03 Mei 2013

Resipi - Sup Ayam sayur Sawi untuk haiqal...

Every weekend , siti suka masak menu bersup untuk haiqal..haiqal suka makan benda-benda yang bersup…tu jadi siti more peka dengan fav haiqal yang satu ni, pelbagai sup will coming next n3 ye 

^__^

SUP AYAM SAYUR SAWI

2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
Isi Ayam 
Air secukupnya
1 kiub pati ayam Knorr
sedikit garam
sedikit lada sulah
Sawi / Bunga kubis/ Kentang jika suka
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara 

Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih hingga perang keemasan. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit. Tambah air, kiub ayam Knorr dan bahan perasa. Biarkan mendidih, renih selama 10 minit hingga ayam empok. Tambah sayur-sayuran. Mula mula masukkan sawi dan kentang. 

Sesuaikan dengan rasa ^__^ 

DONE ^___^



14 April 2013

Resipi Ayam Goreng Butter SEDAP ^__^ - buat khas untuk Mr Lov

Buat ni Mr Lov, really special untuk dia

sanggup belajar nak buat ehe ;p

asal makan di restoran, mesti ode masakan ni

sampai dah tau di mana tempat yang sedap butter chicken ni
^_____^

tapi kan rupa x berapa cantik, RASA dah cukup dah ehe...

In Shaa Allah, next time, nak buat lebih baik, mungkin lebihkan dari segi teknik
^____^


Ayam Goreng Butter SEDAP ^_^

Isi Ayam 
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 
minyak utk menggoreng

Cara Penyediaan :

Lumur serbuk kunyit & garam kat isi ayam. Goreng sehingga masak.Bila ayam hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur dan tapis utk membuang minyak berlebihan.

DONE ^___^

19 Januari 2013

HAPPY WEEKEND SEMUA ^___^


Hidup ini cukup singkat untuk ditangisi
^_____^
In Syaa Allah, berkat sabar pasti ada sinar kebahagiaan menanti kita...

HAPPY WEEKEND semua
^_____^




17 Disember 2012

Resipi - Ayam Masak berempah ^__^ masak madu ma.....

Alhamdulillah, bersua lagi di bulan Dis ni, Ya Allah nda sangka kan, dah nak ke hujung tahun dah ni
2 wks lagi lah...

any azam dah tercapai?

siti? will, 90% tercapai, dah 10% belum lagi,
kalau x tercapai hingga hujung bulan ni, angkut lagi ke tahun depan
masukkan ke list azam 2013 lagi
^____^
POSITIF ye....In Shaa Allah...Allah Maha mengetahui segalanya...

Berbalik ke resipi kali ni, will seperti sedia maklum,
my isi rumah memang lov makan ayam
so siti ni suka mengolah resipi yang asal
ikut tekak isi rumah ni, x boleh pedas sgt ( chef suka pedas, cana tu? ^.^)

jom try my simple resipi ni
^___^


AYAM MASAK MADU BEREMPAH ^__^

Ayam
4 SM cili kering kisar
1 inci halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato

serbuk perasa dan garam
3 SB madu (dibancuh dgn sedikit air)
1 SM gula melaka

sedikit tomato (dihiris)

Cara-cara 

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, 2 SM cili kering kisar dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili kering td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka. Kacau sebati.

Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan tomato.

DONE ^___^



hmmm...yang ni, my mr lov' fav, dari awal kahwin 
asal makan, suka tambah sedikit ni ..
x taulah apa rasanya
siti x pernah nak cuba ehe...nanti berubah rasa yummy apa yg siti makan uhu..

SWEET.... until now, pasti saja stok ada di dapur siti ehe..

Bersyukur dikurniakan seorang hby yang x pernah cerewet bab makanan 
^__^

16 Oktober 2012

Resipi - Ayam Goreng Rangup ^__^ berempah tu SEDAP!!

Antara yang menjadi fav mr lov bila siti goreng ayam
^____^
SEDAP katanya...simple but delicious ehe...

so jimat masa, gaul semlman then esok lunch time, boleh goreng je
da rasa cukup meresap...tu yang susa nak kata sedapnya ehe...
~hbis nak feeling2 segala ehe ;p~

ok...kot2 nak try my simple resipi ni
^___^


AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP ^__^

Ayam - dipotong ikut suka
1SB Lada kisar
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:

2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm lengkuas
1cm halia
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
sedikit tepung

Caranya:

gaul rata kesemua bahan dan perapkan seketika atau semalaman
goreng hingga masak dan garing

08 Oktober 2012

Resipi - Ayam Masak Kicap Pedas ^___^

Siti suka mempelbagaikan resipi ayam di rumah siti, coz di rumah siti amat suka makan 
ayam...any masakan ayam ^___^
dipanggang, digoreng n dikukus

adoi2....dah terbiasa ehe....
tu yang memaksa siti cari alternatif supaya x jemu 

kot ada yang terpakai my resipi ni
jom try sama-sama
^____^


AYAM MASAK KICAP PEDAS ^___^

Ayam- potong kecil
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan di atas digoreng dan ketepikan ^__^

Bawang besar - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk

sedikit lada sulah
Kepala rempah
kicap manis
Cili padi - ditumbuk

Caranya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuksehingga wangi. Masukkan rempah tumis, goreng sejenak.
Masukkan ayam yang telah digoreng serta lada sulah dan gaul sebati.
Kemudian masukkan air dan kicap. Masak hingga mendidih.

DONE ^__^

26 September 2012

Resipi Kari Ayam yang SEDAP ^__^ insyAllah sure sedap..


Mr lov owez minta masakkan kari ayam, mau sedikit pedas katanya
ehe makan pun sampai 2 round ^.^

tu lah bila dah xde idea nak masak, siti jadi like pelayan pulak
bertanya kan makan apa ehe..
KARI AYAM saja, jawapan yang selalu didgr...

if siti sendiri, suka bykkan ubi kentang, so kuah jadi sedikit pekat yum~~

layanzz je lah ye, hamba cuma menurut perintah haha ;p


KARI AYAM SEDAP ^___^

1/2 ekor ayam
 sedikit santan
3 SB rempah kari daging
1 SB serbuk cili
1 SB Cili kering
2 tangkai daun kari
3 biji bwang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
Sedikit halia (agak2 jer) - hiris
1/2 kiub pati ayam knorr
4 biji kentang - belah dua
Kepala rempah
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 halia

CARANYA :


Campurkan cili serbuk ke dalam mangkuk yang berisi cili kering blender. Masukkan juga bahan yang di tumbuk. Pastu, tumis alat penumis, daun kari, bawang2 yang dihiris serta halia hingga wangi. Seterusnya, perlahankan api jap, masukkan serbuk kari, kacau rata supaya baunya bangkit. Kemudian, masukkan bahan yang telah di gaul dengan cili kering tadi. Masukkan semua.  Kacau, api jangan kuat sangat, sederhana je, supaya bahan rempah tidak hangit. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Bila ayam kelihatan kecut sedikit, masukkan santan & kentang. Sesuaikan dengan serbuk perasa dan garam. Bila kuah agak pekat sedikit, tutup api.

DONE ^__^

04 September 2012

Di Kala BBQ di rumah siti ^__^



Last time, berkesempatan jua buat BBQ kat rumah
ala...buat di belakang rumah siti je ehe
tu yang nampak hutan-hutan tu ;p

bila ramai-ramai berambih di rumah, so siuk rasanya 
masak-masak special untuk tetamu yang datang
^___^
so yang ni, was plan mengejut sebanarnya ehe
sampai family KB yang datang nda terbawa makanan sampingan uhu...
xpe lain x pun boleh bawa kan ahak..

willl jomlah cuci mata, manalah tau kot nak try resipi sos bbq siti pulak nanti
jeng..jeng...jeng..


SOS BBQ SIMPLE BUT SEDAP ^_^

Sedikit butter
Lada hitam secukupnya
sos Cili secukupnya
sebiji tomato
kicap manis secukupnya
Garam n Gula secukupnya

** semua bahan ikut anggaran masing-masing**

Sesuai untuk hotdog, ayam n daging
^___^


wah...ni semua keja lelaki di rumah siti je ehe
siti x minat nak buat keja salai menyalai ni, panas berpeluh siti dibuatnya aha...


sempatlah siti buat nasi goreng bubuk berbelacan
^__^



hangus-hangus pun licin jua ^.^




fillet ketam ni siti goreng rangup...hmmmm...

10 Ogos 2012

Resipi - Ayam masak cili ^__^


Assalamualaikum semua
Selamat pagi jumaat yang cerah ceria ni
^____^
lately kat brunei, cuaca agak panas n sedikit jerebu
dalam seminggu ni, rasanya baru sehari je hujan turun
hmmm bersyukur dengan nikmatNYA diberikan selama ni
^_____^

will, saja nak share resipi yang membawa kenangan manis kat siti secara peribadi ehe
lama betul siti x buat masakan ayam ni
rasanya 7-8 thn kot, time siti n mr lov masih tunangan uhu
Masakan ni jugak yang 1st siti buat untuk family my lov time tu 
haha...tau2 ajelah resipi ni quite pedas sedikit
almaklum tekak orang brunei x berapa nak pedas sgt
hmmm tapi yang ni, boleh tahan pedasnya 

cukup kenangan manis masakan ayam ni
n sewaktu mr lov makan, siti sempat mengimbas kenangan lalu
kot2 masih ingat ke time dulu2 ehe

haha terbatuk2 mr lov time makan, terluan ketawa mengenang keke ;p
jahat aa 

jom try mun tahan pedas 
^.^


AYAM MASAK CILI

1 ekor ayam
3SB Cili kisar
2 ulas bawang putih
2 bawang besar - dikisar
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
2 cili merah + 3-4 cili padi - ditumbuk halus
2 cm halia
kepala rempah
1 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara penyediaan:

Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam separuh masak.
Panaskan sedikit minyak masak ( bekas menggoreng) dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama kepala rempah. Masukkan santan dan masak hingga mereneh. Masukkan tomato sos, gula, dan garam kemudian kacau.
 Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong 4 tadi.


DONE ^______^

12 Julai 2012

Resipi - Perapan Ayam untuk digoreng ^_^

Alhamdulillah, so far masani byk benda boleh dibuat dengan senang
baik untuk urusan di rumah mahupun di ofis
^___^

seperti siti, sebagai seorang berkerjaya, siti suka buat perkara
yang memudahkan dan tentu lekas beres dalam masa yang singkat ehe

will, saja nak share resipi perapan siti yang simple ni
sesuai untuk diperap seminggu atau lebih
tau keluar je dari freeze then di goreng

simple kan ;p


PERAPAN AYAM UNTUK DI GORENG ^__^

Gula dan garam
Sos Cili (1 sudu besar)
Sos Tiram (1 sudu besar)
sedikit lada hitam

Bahan Kisar

Bawang besar (1 ulas)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (1 inci)
Kunyit Hidup (1 inchi)
Serai (sebatang)

Caranya :

semua bahan di masukkan ke dalam pengisar dan dikisar halus
^___^
DONE, digaul dengan ayam, simpan di kontena dan sejukkan

ehe no alasan xde masak ;p

30 Mei 2012

Sambut BirthDAY our BOSS ^___^ HAPPY BELATED BIRTHDAY BOSS

Last time, kitaorang planned
nak buat majlis makan2 kecil2an je
untuk celebrate birthday our big boss
^___^

so seperti biasanya, masing2 kami membawa makanan 
yang difikirkan sesuai untuk dimakan bersama ehe

Siti juz buat kek Half LoChi + Ayam Goreng
memandangkan our menu, mee goreng
^____^

Amatlah keci2lan, coz kami 5x kami di ofis
+ our 3 bosses
so x pyhlah nak bawa mcm2 makanan,
takut hujungnya membazir jawapnya

Memang x sah, x de makan2 di ofis siti ni
mesti ada salah seorang ajak buat makan2
even untuk di bawah 10 org ehe

AMAT SUKA MAKAN kan....

ehe...MAKAN UNTUK SIHAT!!!


our big boss, siap berdoa sewaktu memotong kek kecik ni ehe
SWEET ^____^


antara makanan yang ada untuk dijamu kami semua
x sabar betul kitaorang ehe ;P


Tgk tu...mcm2 ada ^___^


KEK LOCHI WITH SPECIAL CHOC
penuh je haha


AYAM GORENG BERHALIA ^__^

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
2 inci halia**
2 batang serai**

**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:


Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.  Kemudian goreng ayam hingga kekuningan.

DONE ^___^

28 April 2012

Resipi - Ayam Goreng Tepung ^___^

Goreng ayam ni sewaktu temankan Mr Lov tgk liv his fav' tema, x lain x bukan
LIVERPOOL ^___^
makan beratah ni ehe...mr lov tlg tgkkan BB Haiqal,
siti sibuk goreng ayam ni ehe...

SEDAP!!! kasi cacah lagi dengan sos cili thai
yum....x sedar makan 3 ketul ahah....
jom...try sama-sama...


AYAM GORENG TEPUNG ^___^

Bahan-bahannya (A)

Ayam yang dibersihkan
1 SM kunyit serbuk*
2 SM serbuk cili
1 SM serbuk kari daging*
1/2 SM serbuk kayu manis*

* dicampur sampai sebati - kering

Bahan dikisar (B)

2 ulas bawang putih
Halia
Masukkan kedalam ayam bersama dengan bahan-bahan kering*

Perap 1 jam

Bahan-bahannya ( C )

2 Biji Telor - di kocok
Tepung serbaguna goreng

Cara-caranya:-

* Campurkan semua bahan kecuali telor. Gaul sehingga ia nya sebati.
* Celupkan ayam kedalam telor dan celup lagi kedalam adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak yang panas serta kecilkan api nya.
Curah-curahkan minyak keatas ayam sehingga kedua-dua belah nya masak dan garing selama 15 minit.


DONE ^___^