Memaparkan catatan dengan label kuih muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih muih. Papar semua catatan

14 Februari 2012

Resipi - Cucur Durian, YUM----YUM-----

WALAAA.......musim durian nak habis, baru nak masukkan cucur durian ni ehe
ehe...siti suka goreng kering2, mau ada rasa rangup2 dengan hangusnya cucur ni
YUM....

Alhamdulillah nasiblah x bedal sgt, makan durian musim ni
takut betul demam, dah berdengan2 ani..
Mama Haiqal kena jaga kesihatan ehe ;P

Mcm-mcm durian timbul time musim ni
terbaru siti baru kenal durian Sukang, originally durian BRUNEI
coz dari pembacaan siti, byk buah durian ni di kepulauan Borneo saja,
hmmm...alhamdulillah kat brunei pun dah ada ^__^

Btw musim durian ni, sekali je kami membali, yang lain
byk dari ole-ole kaum family kasi
Alhamdulillah rezeki durian kali ni
dah mcm2 buah msuk ke dapur siti ni
yang BEST, tetap buah Tibadak
~dah habis bercucur semuanya ehe ;P~

Bila dah bermacam-macam buah, try pulak mencucur durian pulak
SEDAP tau...

Rasanya along otw ke sungai hanching, masih ada jual durian kot
^.^

Buahnya kecik je, rasanya lemak berkrim
^__^

CUCUR DURIAN ^_^

Tepung gandum
sedikit gula
Susu Manis
isi durian
Air secukupnya
sedikit garam
2 biji telur ] pukul

CARA MEMASAKNYA :

Satukan semua bahan seperti tepung, telur, susu manis, air, gula dan isi durian, gaul sebati disertai garam.
While tu, panaskan minyak kemudian masukkan masukkan cucur tadi.

DONE ^___^


Siti - Sedap dimakan time panas2 Yum----YUm

02 Februari 2012

Menikmati Kue Sapit indonesia sambil tgk view langit ^__^


Subhanallah...

begitu indah ciptaanNYA sewaktu siang....
seolah-olah berombak2 di langit
CANTIK!!!!
sampai terpegun siti dibuatnya...
sampai bz nak capai kamera, nak jadi kenangan di dapur siti ni
^____^

sambil menikmati keindahan alam
sambil2 tu, makan kue sapit
yang diberikan oleh staf di ofis siti
^__^

kasian, sampai terkenang2 staf ni kat siti
coz siti dah lama kangan nak kirim bila dia pegi ke spore last time
~kat airport spore ada jual kue sapit indonesia ni~

seminggu lebih baru lah sampai kue ni ke tangan ni ehe
~gara-gara janji, terkenang2 ta plg haha :P~


BBBPPRRRR...alhamdulillah...dah hbis pun ehe oleh siti je
^___^
TQ ce

19 Januari 2012

Resipi - Cucur Tibadak ^_^

ewah...ewah...dah musim buah-buahan kat brunei ni
pegi kat area tepi2 jalan pun ada orang jual secara borong
^__^

hmmm...dah macam2 bau kat dapur siti dibuatnya..
ada durian, tibadak, tarap as well as buah mambangan
adoi...kekadang buat naik sakit kepala dibuatnya uhu

Alhamdulillah jua eh, rezeki kena bagi buah saja sebatah ni
durian je yang kami dua sempat beli $10 ~4x durian seikat~
murah pun murah jua, ganya kelunakannya agak kureng uhu..

well berbalik stori tibadak ni, siti lebih suka tibadak bergoreng je
selagi masih ada tibadak di dapur siti, selagi tu jua, asyik bergoreng je
tukang goreng siti lah tu ^.^
~x leh ikut style siti ni, lari diet teruz ehe ;P~

meh...goreng2 tibadak, sedap dimakan selepas pulang keja, hilang stress ehe
~balik keraja pun gagas, rasa kan menggoreng ehe...adoi...~

sedar nda sedar, makan sampai 8-10 biji haha
so dinner x makan, terkena luan kenyang makan tibadah ^.^

CUCUR TIBADAK

Buah Tibadak
Tepung gandum
sedikit serbuk penaik
sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit
sedikit gula dan garam
Air

Cara-caranya:

Bancuh dan gaul semua bahan di atas sampai bancuhan sedikit pekat
DONE ^__^
goreng hingga kekuningan

SEDAP sgt2 makan waktu panas2
^__^

Siti ~ makan hari2 pun x kisah, kan SEDAP tibadak ni ehe ;P

TQ dear Muna, teman setugas siti yang kasi 3x tibadak
alhamdulillah semua dah selamat dalam perut ehe :P

19 September 2011

Resipi - Cucur Pisang Rangup


siti x terkecuali suka makan cucur pisang, maklumlah orang melayu kan ehe
pelbagai resipi dah siti try, cuma siti suka buat resipi ni
tetap rangup bila sejuk
modified sikit2, akhirnya jadi fav seisi family
^___^
korang can try resipi ni

Lain orang lain resipi kan
taulah siti ni jenis suka try resipi,
so bila kena dgn tekak siti, alhamdulillah
^_^

PISANG GORENG RANGUP

Pisang - hiris

Adunan Yang diGaul

Tepung naik sendiri
sedikit marjerin
2 ST serbuk eno
1 sudu teh gula
1 susu teh garam
sedikit pewarna kuning


***Campurkan semua bahan dan kacau rata-rata, biarkan adunan semalaman.

^___^ Done

22 November 2010

Resipi - Bagedil/ Begedil Daging ^_^

Membuat bagedil ani membawa kenangan manis arah siti secara peribadi
mana nda jua aa, 1st membuat seingat siti, waktu form 3-4 kot
hihi nda jadi bagedil, jadi hancur di goreng
:( from there, siti ndamo buat lagi
nda ingat apa mistake yang siti buat kenapa nda menjadi
simply giv up truz

entah apa angin siti last month, teringin kan cuba lagi
( phewit lama dah berjeruk dalam memory card hihi)
WOW alhamdulillah menjadi jua akhirnya
Simple rupanya hihi
ala...dulu zaman nda tau pa2 kan

will korang can try, trust me, simple bangat
^__^
juz jadi my bekfas uhu

BAGEDIL / BEGEDIL DAGING
  • Daging/ daging cincang
  • kentang
  • daun sup jika suka
  • sedikit hirisan lada merah
  • lada sulah
  • telur
  • garam

Cara-caranya:-

Daging dihiris nipis dan direbus sampai empuk
.Kentang dihiris nipis dan digoreng kemudian dilenyek kentang yg telah digoreng. Tumbuk daging yg telah direbus Satukan bahan yg telah ditumbuk, campurkan lada sulah dan daun sup, hirisan lada merah serta garam. Bentukkan bahan di atas, siti bulatkan je hihi, juz simple kan then celupkan ke dalam telur yang dikacau sebelum digoreng

DONE ^__^

04 Mei 2010

Resipi - Cakoi ^__^


ni projek uli-uli tepung n tabur-tabur tepung siti ( ek, x ingat bila buat aa hihi)
lama dah terperuk ^__^
ha...dia dah kuar...
last tym, siti ada buat cakoi jugak, cuma kali ni, siti nak try
new resipi lagi...
simple, mcm buat donut, ada jugak rasanya hihi
so korang try jelah...sesuai sgt untuk minum petang ^__^
fuh...campur kaya + butter ( mcm jual kat pasar mlm ehe)

CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

01 Februari 2010

Resepi - Tumpi Brunei + Kari Ayam Siti ^_^


yang ani untuk bekfas siti sambil bawa sedikit ke ofis ehe..makan tumpi is my feberet..siti suka buat sendiri coz still panaz n crispy, kenyang sampai tghari ( banar ehe)..f bali di kedai then baru balik, kerangupannya hilang...so dari siti rugi nda bmakan, better siti buat sendiri, nda ja ehe..

TUMPI BRUNEI

Tepung
Planta/marjerin
Air
Sedikit Air

* semua juz for anggaran siti saja..nada xtimate ehe..canai nipis f kan mau crispy..yum..yum...

KARI AYAM

ayam (dipotong lapan)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan minyak jagung
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 camca besar rempah kari
1 cawan pati santan
1 mangkuk besar santan cair
asam kulit secukupnya
sedikit perahan limaui nipis jika suka

Cara:

Ayam dilumur bersama bawang putih, halia dan garam. Peram selama setengah jam. Tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang merah. Masukkan pula rempah kari yang sudah dicampur dengan air. Masaklah hingga naik minyaknya. Setelah itu, masukkan asam kulit dan tunggu hingga naik minyak sekali lagi. Masukkan ayam dan santan cair. Kacau selalu. Setelah mendidih dan ayam empuk, masuklah santan pekat dan air limau. Angkat selepas dua minit.

19 Januari 2010

Resepi - Kuih Getas ^_^



setiap kali ke pasar gadong, hby siti selalu berkirim minta balikan kuih getas ani...hmmm ada feberet gerai disana yg hby suka bnr getasnya...ehe..siti pun suka jua since ia nda berapa manis n soft texturenya..ani aktiviti siti last weekend, untuk minum petang siti sambil2 menunggu hby balik keraja, ehe...tekarih ta jua kan membuat ehe, kan surprizz hby jua tarus ehe...nasib baik jua, nada letupan berlaku huhu...maklumta tym2 menggoreng perlu ingat2, takut memercik minyak ehe...really simple masakan org ktani ani..success jua ^_^ happy nye...bah try2 ta membuat..coz rasanya masani payah kan meliat makanan ani, digerai saja berjual...f taisliur membuat kan senang...Siti ani, f hby suka makan, siti tkarih n mencari sampai dapat resepinya ehe...mengikut taste hby lah...siti sanggup..ehe...tani kongsi2 sama2 k ^_^

KUIH GETAS

Bahan-bahan ( dapt lebih kurang 16-18 biji )

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut
130 ml air
secubit garam
* 3/4 cwn gula
* 1/2 cwn air

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan (bujur pun boleh) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.

tara.... siap dah untuk minum petang ieeeeha.....

18 Disember 2009

Resepi - Simple Jemput-jemput Pisang



yang ani untuk minum petang siti kelmarin, balik2 dari keraja, tarus singgah di gerai membali seikat pisang, huhu taisliur kan makan jemput-jemput pisang..juz mau yang simple2 saja...ok jua..

JEMPUT-JEMPUT PISANG SIMPLE AS SITI

Bahan-Bahan:

1 sikat pisang emas
tepung gandum secukupnya
1 biji telur ayam
minyak masak

Cara:

Pisang dilenyek sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng sehingga kuning. Setelah masak bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya.

19 November 2009

RESEPI - POPIA GORENG SIMPLE SITI


ni untuk bekfas kami dua harini sebelum nk g keja..hby g keja dah awal pagi, sebelum pukul 6 dah jalan..so awal than dat, siti dah bz kan dapur, buat apa yg patut nk buat popia ni huhu..siti dapatlah buat anggaran 15popia..dapat jua dibawa ke ofis huhu..kan mo my popia???buat sendirilah ehe -O-


POPIA GORENG SIMPLE SITI

Bahan-bahan

kulit popia secukupnya
1 cawan sayur campur ( ni hby nda suka,so siti nda tambah)
1 cawan isi ayam
1/2 bawang besar dicincang
1/2 kiub ayam
minyak untuk menumis dan menggoreng
sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

Hiris isi ayam nipis-nipis
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan sedikit air
Kemudian masukkan kiub ayam
Masukkan serbuk lada sulah
Masukkan sayur campur
Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan

kan senang mebuat, f kan dfrozen semalaman pun boleh, simpan je nicely dalam kontena, then esok baruta di goreng :)

09 November 2009

Resepi - Donut GEBUssss II



ehe...bila siti ada kelapangan dari part baking, siti lebih suka menguli2 n menggentel2 tepung huhu...so nk try lak resepi donut lain...hm...alamak gebusss nye ia...tgk 2...cute kan hehe...nda sempat jadi bekal hby, hbis dimknnya dirumah hehe


DONUT GEBUSSS siti

Bahan-bahan ( 12 biji )

* 200g tepung
* 1sb baking powder
* 30g mentega-suhu bilik
* 20g gula
* sedikit garam
* 1 biji telur
* 1/4 cawan susu

# Pukul mentega dan gula sehingga putih. Kemudian masukkan garam
# Dalam mangkuk lain, campurkan telur dgn susu dan kacau.
# Masukkan 1/3 susu+telur tadi ke dalam mangkuk mentega. Kacau. Kemudian masukkan lagi 1/3. kacau. Ulang sampai habis.
# Ayak tepung dan BP. Campurkan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
# Canaikan ke atas dulang pencanai setebal 1cm. Terapkan dengan acuan donut. Adunan ni lembik sikit. Jangan tambah air. Masa nak canai tu kena tabur dulu sedikit tepung supaya tak melekat. perapkan sementera 2...selepas naik seganda, barulah digoreng
# Goreng sehingga perang. Sambil tu kacau balik sekali sekala

huhu siap dah utk bekfas siti :)

27 Oktober 2009

Resepi - Cucur Tarap


since musim buah masani, rumah siti jadi ada mcm2 bau...durian kuning,durian putih,tarap n tibadak semua udah masuk ke rumah siti ni..huhu...yg siti nda tahan mencium baunya is durian kuning fuh...menyengat hidung dibuatnya..tapi dicucur nyaman 2 ehe :)

now since tarap ada dirumah, siti more prepare dicucur dari dimkn mentah..ha kan hari 2 siti kan mencari tarap...tau2 ada my dad bali huhu...mcm tau sja kan ehe

balik2 je keja kelmarin, trus menguli2 tepung nk dijadikan cucur...mlm dah bz baking...nanti upload pics k..

CUCUR TARAP

* 2 Cawan tepung gandum
* 2 sudu mkn marjerin
* 1 sudu mkn gula
* 1 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna kuning
* 2 cawan air
* Buah Terap yg msk

Cara-cara

1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata menggunakan whisk dan warnakn kuning.
3. Leraikan isi buah terap dan masukkan ke dalam adunan tepung..
4. Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.


* Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng.

Hapy TRYing :)

26 Oktober 2009

Resepi - Cucur Jemput-jemput pisang


mai jemput minum milo n my cucur :)


DIE hard because of liverpool hehe...hby's favorite Team

dimalam sanggup ta dgni hby liat astro, coz feberet teamnya main huhu...siti ni nda minat apa2 team juz ikut2 saja huhu..so hby plan, hby mau meliat TV sambil2 makan, ada something kan dimakan..juz nda mo makan yg berat adeh anipun udah kes berat,haha oily right?jemput2 pisang is my really feberet f bab-bab cucur..jeng...jeng...sja kan g surprise hby...terkejuz banar ia, hehe eh tau sja, nya hby huhu..bini mana nda tau kata hati hby huhu..ala...firasat seorg bini :)

meh layanzz jemput-jemput pisang Siti k...try jgn nda try :)

resepi lebih kurang dgn cucur durian

CUCUR JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan-bahan

* pisang secukupnya yang dilenyek
* 11/2 cawan tepung
* 1/2 cawan gula
* sedikit esen vanila
* 1 sudu kecil baking powder
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Campur semua baha-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sudu dan basahkan dengan air. Ceduklah sikit-sikit masuk ke dalam minyak panas.
3. Goreng sampai perang. Lapik jemput-jemput dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
4. Siap untuk dimakan

TADAAA...jemput makan :)

22 Oktober 2009

Resepi - Cucur Durian Kuning


hehe jgn jealous siti makan cucur durian kuning...ni untuk minum petang siti kelmarin, almaklum, disini sana sini udah durian kena jual, adeh nda siti lepas peluang..kelurusan ada gerai berjual durian, murah $10 dua ikat...murah kah 2...hehe...liur ani kan makan bercucur tia petang2 ani...nanti kan mencari cucur tarap g hehe juz satu pesanan siti, jgn luan byk makan, nanti demam...sapa susah kan huhu :)

CUCUR DURIAN KUNING

* Durian kuning secukupnya
* 1 1/2 cawan tepong gandum
* 1 1/2 cawan air
* 1/2 sudu teh garam
* 1 sudu teh kunyit serbuk
* 3 sudu besar minyak masak
* Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

1. Isi Durian di ambil.
2. Bancuh adunan tepong, garam, serbuk kunyit, air dan minyak masak. Bila dah sekata, masukan isi durian sedikit demi sedikit, cukup untuk sekali gorengan.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng durian tadi..dan mula lah mengoreng macam biasa..
4. Bila dah kekuningan, angkat. Siap untuk di hidangkan..sabar..tunggu suam sedikit baru boleh makan. f siti, biar kering n hangus sedikit baru ta di angkat...

TARAA...siap huhu

21 Oktober 2009

Resepi - Calak berlauk


jom masak2...


juz kan sharing resepi calak kitani, ani my dad suka makan...so ni projek time posa yang lepas, luan bz nda tia tershare disini huhu..

f dimalaysia, call it Kuih Cara berlauk

CALAK BERLAUK

* utk kuih

* 1 biji telur
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 cawan santan
* Garam / gula

* Utk inti

* 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang pun boleh)
* 3 biji kacang buncis di potong halus (option je)
* 1 biji bawang besar di potong dadu
* 2 sudu serbuk kari daging
* Sedikit Daun bawang di potong halus
* Sedikit daun sup di potong halus
* Garam n ajinamoto secukup rasa

Cara-cara

1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.

2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.

3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit .actually ada acuan khas untuk buat calak ani...disupermarkat ada banyak berjual..

08 September 2009

Resepi - Cucur Pisang



Rasa2nya lah kan hari2 siti mencucur ani, baru ta ani siti dpt snap gambar hehe, asyik dengan pelupa saja hehe...almaklum ta masani musim buah-buahan, awal ramadan cucur tarap, then tibadak then cucr pisang ani balik2 udah...macam2 jenis udah,jadi jemput2 pun udah...baru2 ani cucr durian kuning..gila sodap abanr...nda sedar makan sampai 10 huhu...

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

2 Cawan tepung gandum
2 sudu mkn marjerin
1 sudu mkn gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
2 cawan air
pisang secukupnya

Cara-cara
Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
masukkan pisang ke dalam adunan tepung..(pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan pisang yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA! ;)

17 Ogos 2009

Resepi Cakoi


ni aktiviti siti f nada keja baking2 huhu
so kita kongsi resepi ye...resepi cakoi yg siti belajar...actually yg diajar kecik je
ni yg dia dah besar udah...hehe...nda mao yg jenis damit2...

MINI CAKOI

Ingredients :
3 cups flour
1 1/2 teaspoon salt

Yeast mixture :
5 gm (1 1/4 teaspoons) instant yeast
1 cup water
1 tablespoon sugar
2 cloves garlic ~ cut into pieces

Method :

1. Mix all the ingredients in the yeast mixture and let it stand for 10 minutes before using.
2. Sift flour and salt into a bowl and pour in the yeast mixture (remove the sliced garlic).
3. Knead till a soft dough is formed.
4. Leave to rise for 30 minutes in a covered bowl.
5. Roll the dough till about 1/2 cm thick into a rectangle.
6. Cut the dough into small rectangles and arrange on a floured tray.
7. Leave to rest for 1 hour before frying.
8. Heat oil, pull the small rectangle and fry them in hot oil till golden brown.

27 Julai 2009

Donut

pagini sempt buat bekfas utk hby, ni feberet hby hehe...bgn awl pgi utk mengadun tepung teh perap utk naikkan tepung...so layanzz da resepi

Bahan-bahan ( 12 biji )
200g tepung roti
100g tepung biasa
100g taufu (cotton taufu) - siti nda tmbh
6g yis kering
5g garam
20g mentega
40g gula halus
1 biji telur
1 sudu susu segar suam atau air suam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.

Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.

Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda

Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.
salut dgn gula hehe,selesai...