27 Julai 2009

Donut

pagini sempt buat bekfas utk hby, ni feberet hby hehe...bgn awl pgi utk mengadun tepung teh perap utk naikkan tepung...so layanzz da resepi

Bahan-bahan ( 12 biji )
200g tepung roti
100g tepung biasa
100g taufu (cotton taufu) - siti nda tmbh
6g yis kering
5g garam
20g mentega
40g gula halus
1 biji telur
1 sudu susu segar suam atau air suam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.

Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.

Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda

Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi
Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.
salut dgn gula hehe,selesai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan