29 Julai 2009

Resepi Kue Teow siti

Dinner dimalam hehe...x mo mkn nasi...kes diet lah 2 huhu

2 paket kue teow - dibasuh dan tos.
1 sudu besar cili kering kisar
7 biji bawang merah - tumbuk
5 ulas bawang putih - tumbuk
200 gm taugeh
1 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan goreng hingga wangi dan layu kekuningan.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak/pecah minyak.
Masukkan semua sos dan garam secukup rasa.
Masukkan kue teow dan kacau gaul rata dengan bahan.
Masukkan taugeh, kacau rata sekejap saja (jangan terlalu layu). Tutup api dan hidangkan.

selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan