Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

28 April 2014

Sambal Pusu Brunei ala Mama Haiqal ^^ siti lah tu ^^

http://eemoticons.net

Setiap weekend, siti suka buat sambal, simpan stok untuk seminggu...
weekend je ada masa melepak2 panjang di dapur...
mesti sebelah mlm...

coz pagi ke petang...time di rumah manggis, untuk membaking di sana
^_______^

dah jadi rutin setiap weekend...

Alhamdulillah...mr lov pun dah biasa, siap ikut siti n haiqal ke manggis lagi ^^
really supporting wifenya ^^

lain orang lain resipinya...yang ni siti buat ikut tekak kami sefamily...
boleh tambah pedasnya jika suka...

happy trying ^^


SAMBAL PUSU BRUNEI ALA MAMA HAIQAL ^^

2 SB pusu kecil, bersihkan dan rendam
# rendam seketika, hilangkan masinnya ^^
Lada kisar secukupnya
2SB Air Asam jawa/ sesuaikan
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah - di cincang halus

CARANYA

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan lada kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
dalam 10 min mcm tu...
 Masukkan air asam jawa, kacau dan tambah pusu yang ditoskan. Gaul rata dan sesuaikan dengan garam dan gula secukupnya. kacau dan masaklah hingga pekat..

DONE ^^


yang ni adunan pertama kali di barek siti ^^
biasa buat di rumah manggis ehe...


dah pekat dah ^^, 
ready dah nak masuk kontena...


ni untuk bekal seminggu my bro...
ntah dah berapa kali dah buatkan untuk dia...

asyik2 dengan sambal pusu siti ni ehe ^^


08 Oktober 2013

Sambal Udang kering - buat stok di rumah ^__^

Setiap minggu, bila ada kesempatan, siti suka buat stok sambal masak untuk dibuat ulam makan bersama nasi
^___^

tapi biasanya x sampai seharipun, pasti saja habis dalam sehari tu uhu...
kalau untuk stok seminggu, kena ada 7 kontena kecil gini ehe..
waduh....

ok happy trying...



SAMBAL UDANG KERING ^__^

Udang kering - dibersihkan dan direndam kemudian di ditumbuk
1/2 labu bawang 
3 ulas bawang putih
2 SB Lada kisar
Belacan
Air asam jawa secukupya
gula, garam dan perisa secukupnya

Cara Penyediaan :

Tumis bawang besar di hiris/cincang halus hingga naik bawang bersama bawang putih yang dicincang.  Masukkan lada kisar dan belacan, goreng lagi..campurkan sedikit air dengan asam jawa.  Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk, akhir sekali sesuaikan dengan garam, perisa dan gula secukupnya..

DONE ^___^


Stok untuk sehari je ni ehe ^.^

28 September 2013

Resipi Sambal Tahai - khas buat untuk bro siti ^__^

punyalah lama nak cerita ni...haha basi dah...
sepatutnya siti share sewaktu bro siti belayar, now dah balik pun dia uhu

Buat ni untuk dia coz my bro nak belayar ke canada, companynya menghntr berkursus di sana...
lebih 2 bulan dia di sana...
waduh...susah betul dulu nak on9
^__^ ni sng dah..dah pasang wifi kat rumah baru ni uhu
in shaa Allah semangat nak berblog lebih membara ;p

Sambal ni boleh tahan lama...dah berjalan jauh canada dah sambal ni..
orang melayu walau ke negeri bersalji pun tekak x berubah...
masih tekak orang melayu ehe

England cheering

kena simpan dalam plastik then masukkan masukkan dalam kontena
Setel!!


SAMBAL TAHAI ^___^

1/2 kilo Tahai ( dibersihkan, dibuang tulang dan ditumbuk halus)
2 SB Lada Kisar (jika mau pedas, lebihkan lagi ^.^)
1 SB Bawang Merah yang dikisar
2 ulas bawang putih yang dikisar
sedikit gula & garam
air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar hingga garing.
Masukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, gula & garam dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan tahai yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit.

DONE ^__^



Sebahagian dari berkotak-kotak stok makanan ringan untuk di bawa ke canada
adoi...

30 Januari 2012

Resipi - Sambal Belacan BerPusu ^_^


Asal buat sambal di rumah siti ni, pasti licin, kekadang x sempat nak tunggu next meal iaitu ke mlm hari
alhamdulillah ^__^

meh siti share 1 resipi simple yang korang boleh buat sendiri
^_^

SAMBAL BELACAN BERPUSU ^_^

Pusu - yang telah dibersihkan
Bawang Besar
Bawang merah
Air Asam Jawa -secukupnya
Lada kering secukupnya ~lagi byk, lagi sedap ^.^
Gula dan garam
Belacan

Caranya:

Goreng pusu hingga garing dan ketepikan. Guna balik lagi minyak yang digunakan tadi dengan
menumis bawang besar dan bawang merah yang telah di kisar hingga naik bau.
masukkan lada kering dan belacan yang ditumbuk bersama.
goreng garing semuanya.
Sesuaikan rasa dengan air asam jawa, gula dan garam.
akhir sekali masukkan pusu yang digoreng tadi dan gaul sebati.

DONE ^___^






31 Oktober 2011

Resipi - Ayam Masak Sambal buatan sendiri ^_^


Assalamualaikum semua
mudahan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera korang ye Amin....
alhamdulillah sempat jua kan update resipi yang dijanjikan ni

yang istimewa masakan ni ialah menggunakan sambal buatan sendiri
ianya boleh di buat sambal nasi lemak dan di sini, siti cuba masak dengan
menggunakan sambal ni, wow hasilnya SEDAP n NYaMAN....
nda menyesal membuat
^__^

sure korang buat ni
meh..tani try sama-sama
^_^

last weekend, makan special dengan sayur tumis taugeh
YUM....

AYAM MASAK SAMBAL SPECIAL

Ayam ~yang digoreng dengan serbuk kunyit & garam
1 labu Bawang besar
3 ulas Bawang Merah
1/2 halia ~d hiris
2SB SAMBAL SPECIAL
1SB Sos Tomato
Serbuk perasa dan garam secukupnya

Caranya:

Tumis Bawang besar dan bawang merah serta halia hingga naik bau.
kemudian masukkan sambal SPECIAL, gaul semuanya hingga pekat.
Masukkan sos tomato dan diakhiri dengan serbuk perasa dan garam.
barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi.

DONE ^__^


Sambal Special

Cili kering
bawang merah
bawang putih udang kering
sedikit cili padi
sedikit pusu ~ telah dibersihkan

*** siti guna anggaran saja ^.^

Caranya:

Semuanya di kisar dan digoreng dengan sedikit minyak.
sesudah masak sekata, simpan lah dalam kontena kedap angin

DONE ^__^
tahan hingga 2minggu

19 Julai 2011

Resipi - Sambal Belacan Simple ^_^


Love nak share, sambal yang sentiasa ada kat rumah, sebagai penaik selera sefamily

Simple je...

Kisar semua sekali,

10 biji lada hidup, 3-4 cili padi,1 biji tomato, belacan secukupnya, garam dan gula.
Akhir sekali perahkan dua biji limau nipis.

DONE ^___^
( best dengan lauk goreng...adoi ma >.<)

boleh simpan untuk beberapa minggu jika x habis ^_^


11 Mac 2011

Resipi - Sambal Telur BerKacang ^__^

Sambal Telur ni siti buat last 3 days, kira my 1st xperimen
maklumlah, namapun baru nak mencuba buat ehe
coz selama ni, siti suka makan version my mertua selalu buat je uhu
SEDAP...
so siti saja nak buang masa yang ada ( adoi mcmta, byk masa uhu ;P)
siti try separuh dari bahan resipi di bawah ni
so pandai2lah korang lah ye /2
^.^
Alhamdulillah, kira success jua oleh siti, next tym nak try
resipi my mertua lagi, insyAllah ^,^

SAMBAL TELUR BERKACANG

250 gm - kacang tanah (goreng n kisar kering)

25-30 biji - lada kering - rebus
15 - biji bwg merah
6 - ulas bwg putih
1/2 -inci halia
1 - inci belacan
(kisar halus semua bahan atas)

2 - sudu makan air asam
1 - sudu sos tiram
kicap manis secukup rase
garam secukup rase
Air (untuk balance kepekatan)

Cara :

Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.Masuk sedikit air. Masukkan semua bahan yang tinggal.
Masukkan kacang tanah.Masukkan air lagi untuk sesuaikan dengan kepekatan masing-masing.

DONE ^___^

21 Ogos 2010

Resipi - Sambal Sotong Merah ^_^


Assalamualaikum semua
adoi makin berdebar plg kan dekat-dekat raya
( alum plg kan raya, 2wks lagi lah ehe)
berdebar pasal keks belum buat ehe
atu ta yg bermain difikiran siti, bilalah agaknya siti
start ni ^_^
nasib baik lah diary sebagai pengatur hidup siti
dapat jua set time yg betul untuk start membaking ani
no worries siti ambil cuti tahun ni
^___^ dapatlah berpeluang berelax sambil2 baking

Btw n3 kali ni masakan sotong
rasanya lama bnr siti nda masak sotong dirumah
lama nda makan ehe ksian ^O^
taisliur jua tym2 posa ni
so plan lah balik keja trus ke pasar gadong,
otak memang nak bali sotong je
rambang ta jua mata ni, meliat lauk terliat udang ta jua
adoi adoi adoi
last cerita, angkut udang, sotong n lauk haha

masakan ni masakan simple je
cuma tambah belacan bertunu nya org kitani
penuh serumah baunya hihi
tapi sodap!!!
meh layanzzz

SAMBAL SOTONG MERAH

Bahan-bahan :
4-5 ekor sotong sederhana (dipotong)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
2-3 sudu besar cili kisar
1/2 inci belacan bakar (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
garam dan gula
2 biji Limau kasturi

Cara-cara : Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Masukkan sotong dan kacau sebati. Kemudian, masukkan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Gaulkan rata2 hingga masak. last sekali perahi limau kasturi.

14 Ogos 2010

Resipi - Sambal Hati Ayam ^_^


Assalamualaikum my readers
^_^ ehe mesti sandar-sandar n relax ni
nway biar sadang2 kenyang,
krg perut ta plg ada masalah ehe
ke hospital jawapnya krg ^O^

btw juz nak share my mom' feberet
nipun siti cukup ambil berat coz mom ada masalah kolestrol
ala...kes taisliur tym2 posa ni
nda sampai ati siti nda kan masakkan
ehe...cuma janji sikit je makan
n yang lebihnya kitaorg yang ngap ^____^
even simple2 je
tetap dihati my MOM (^.^)


SAMBAL HATI AYAM ^_^

Bahan-bahannya
½ kg hati ayam, dipotong sdg2 besar
½ cawan bawang goreng
¼ cawan kicap
½ cawan air
3 sudu makan cuka
Garam secukupnya
Gula dan Serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas 2 biji bawang besar 1 ulas bawang putih 1 inci halia

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan hati ayam dan reneh sehingga dagingnya masak.
3. Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata.

DONE!!

12 Julai 2010

Resipi - Sambal Pusu ^_^


Assalamualaikum semua
dah ada plan ke kan masak apa lunch ni hihi
fuh....awal dah terpajak depan lappy
huhu, gara tgk bola dimlm
YEAAAA Spain Menang

mata pun menyamal kan tdo
jgn jeles, kami di mindef, cuti ganti hari sabtu
^o^

btw juz nak share, my feberet sambal
sambal pusu
^_^
bila rajin sgt, andang kan menyambal saja keraja hihi
sambal pusu ani can b stored dalam a week
^_^
( hmmmm...kat rumah siti, 1week pun x sampai hihi, licin paling cepat dalam 1hari ^.^)



SAMBAL PUSU

Bahan
ikan bilis (goreng garing)
2SB Air Asam Jawa
garam
gula
minyak

Bahan Mesin
cili kering
3 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan sedikit gula dan garam. Kacau rata.
3. Bila nampak naik minyak dan garing masukkan ikan bilis
4. Last sekali, masukkan air asam jawa

DONE !!!

18 Mei 2010

Resipi - Lauk Goreng Asam dengan Sambal Belacan siam ^_^

Assalamualaikum semua
Salam HaPPY2 ^__^

setiap hari mesti dilalui
dengan kegembiraan dan keceriaan
even ada masalah, have to positifkan diri
^__^
InsyAllah masalah x kan menjadi besar
adeh...sempat berbahasa2 tghri ani hihi

n3 masuk harini juz lauk goreng asam
simple je,goreng dengan cili kisar, bawang, sedikit kunyit n Asam jawa
wah...wah...kena lagi dengan sambal belacan ni
fuh...sure terangkat ^__^
tau-tau x sedar, tambah nasi ehe
adoi
jgn salahkan siti tau ^O^


Bahan-bahan:
11 biji cili padi ( yang ni dalam kamus siti, MESTI ada ^O^)
1 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
belacan - dibakar
4-5 biji limau kasturi
2 sudu gula

Cara:

Blend semua bahan kecuali limau kasturi
then selepas di blend tadi, gaul dengna air liamu kasturi
dan sebatikan ^__^

fuh...berselera makan dibuatnya hehe

13 April 2010

Resipi - Sambal Belacan Goreng ^_^

selain mee n rojak, feberet siti is sambal
x kisah sambal belacan ke sambal nasi katok ke ^-^
bagi siti, f makan xde semua ni, x berselera jadinya
kdg, bila siti g jemputan kahwin, siti mesti tgk, ada sambal ke tak
hihi
mcm2 saja siti ani ^_^
yang ni sambal yg siti suka buat, hby paling berselera bila makan dengan nasi ni
ehe dah berjangkit dah feberet siti kan hehe ^O^
ok meh layanzz my sambal lagi...
SAMBAL BELACAN GORENG

cili padi ( boleh dikurangkan, f siti, mesti ni huhu ^_^)
gula
garam
belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak

Cara-cara
Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
goreng bawang bawang seketika
Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
TARAAA simple je kan, boleh simpan dalam kontena sedang besar

19 Januari 2010

Resepi - Bendi masak sambal ^_^



ni sayur waktu weekend siti ehe...simple saja but penuh khasiat...try lah ^_^

BENDI MASAK SAMBAL


10 biji bendi di potong serong
isi ayam di cincang digoreng
5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 biji bawang besar dicincang
Lada sulah
Garam dan ajinamoto

Cara-cara

Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. dan kemudian masukkan isi ayam tadi.Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
*Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.

ANTARA KHASIAT KACANG BENDI, its good ^_^

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu

i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru dan sakit kerongkong

03 Disember 2009

Pelbagai Juadah Aidiladha di rumah Siti :)

ni je lah juadah aidiladha dirumah siti huhu maklumlah famili dari KB ada turun ke bandar, memang everytym drg ke rumah,mesti ada special sedikit (banyak kot ehe), ada daging ,ayam,tempe n sayur n sambal telur ( hby requested for these )..alamatnya jadi akhir ta plg ke rumah mertua siti huhu,dalam bz2 mcm 2 pun sempat gak siti baking 2keks huhu erk kemana lah datangnye MASA ni :)..sebelum siti g rumah mertua siti,wow licin bah...pass dah buat masakan kelante ni ehe...sesekali ubah masakan xpe kan, gerenti pass korang buat...mana2 yang rajin buat, jemput2lah antar report kat shout box siti ye ehe..cgu g markah ehe

actually my daging kan siti masak hitam since ada ka anna di barek polis gadong requested, nda tia jadi coz nda sempat berperap daging dimlmnya (bz baking )huhu..adoi...nanti lah lagi nmpaknya siti buat lagi ehe

ok meh layanzz my resepi2 untuk aldiladha kali ani :)



KERUTUK DAGING (MASAKAN KELANTAN)

Bahan-bahan

* 500g daging
* 4 sudu besar rempah kerutuk ada berjual disupermarket)
* 2 sudu cili giling
* 1/2 biji bawang besar
* 3 cawan santan pekat
* 2 sudu besar kicap pekat
* 1/2 keping gula melaka/manisan
* 2 sudu besar kerisik
* [bahan tumis]
* 1/2 bawang besar
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* 3 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang


TEMPE GORENG HITAM

Bahan-bahan

* sebungkus tempe
* 3 biji bwg merah dan 2 biji bwg putih
* lada padi ikut pedas masing2..nak pedas taruh byk ckit
* sebelah limau nipis saiz kecik dan kicap cap kipas udang.

Cara-cara

1. hiris tempe nipis- nipis dan goreng dulu.
2. mayang bawang dan lada kecik.Tumiskan shgga naik bau..
3. masukkan tempe,gaul seketika dan masukkan kicap.
4. lastly,perahkan limau nipis,gaul dan siap....tanpa bahan tambahan yang lain coz rasa kicap dah cukup



SAMBAL TELUR REBUS SITI

Bahan-bahan

* cili kering yang telah di kisar secukupnya
* 4 biji bawang putih di tumbuk
* telur ayam rebus secukupnya
* air asam jawa, garam, gula secukupnyer
* minyak untuk menumis
* Sos Cili sedikit
* air (f mau berkuah, f siti, mesti kering huhu nama pun sambal kan)

Cara-cara

1. tumis bawang putih hingga naik bau
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnya.
4. biarkan garing sampai mesra.
5. bila dah cukup rasa masukkan air.
6. masukkan telur sebiji demi sebiji. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. fuh...sodap



AYAM GORENG PERCIK

Bahan-bahan

* Bahan A
* 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
* Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
* 6 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* ****
* 2 batang serai (dititik)
* 15 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 biji kelapa (diambil santannya)
* asam keping (4-5 keping)
* gula & garam secukup rasa

Cara-cara

1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

03 November 2009

Resepi - Sambal Daging Cincang dan Ikan Kari Asam Pedas


masani siti still dlm proses diet huhu...so x makan nasi, makan ratah2 je...tapi liat mine, mcm nda diet je eheh :) cana ah ehe...x pelah, lain x g diet hehe..see dat my ikan, my daging n a bit taugeh celur huhu...mcm heavy je :) bah nanti ta memikirkan diet ani

meh laynzz da resepi ni ,haPPy TRYing :)

SAMBAL DAGING CINCANG

* 1/2 kg Daging cincang
* 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia ( lagi byk halia, cukup menambah rasa n also membuang angin dari badan ehe)
* Bahan kisar (tumis):
* 15-20 tangkai cili kering
* 2 ulas bawang putih
* 6 ulas bawang merah
* Halia (1-2 inci)
* Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar
* 1 Cawan Air Asam

* Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging,yang blh wat rasa best ni -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak..

Cara-cara

1. Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20-30minit)
2. Kisar bahan2 untuk dikisar...
3. Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
4. Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
5. Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
6. Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
7. Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (make sure lebihkan gula sedikit)
8. Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat ( siti suka wat sambal kering2), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak
9. Bila dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..masukkan kentang yang digoreng tadi

IKAN MASAK KARI ASAM PEDAS

* ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5 (apa je jenis lauk)
* 1 biji bawang besar, dimayang
* 3 biji bawang putih, diketuk
* 2 inci halia, diketuk
* 1/2 ibu jari belacan
* 1 batang serai, diketuk
* 1/2 inci lengkuas, dihiris nipis
* 3 sudu besar cili kisar
* 2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
* 1/2 cawan air asam jawa
* Air secukupnya
* Garam & gula secukup rasa
* 2 daun kari


Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa. lastly sesuaikan rasa dengan tekak tani :). yang pas memasak masakan ani, mesti ada rasa pedas, manis n masam.

huhu sng x ah...

15 Oktober 2009

Resepi - Sambal Belacan Mertua Siti



ni sambal mertua siti yang mesti ada f siti berdudon ke rumah mertua siti.mertua siti tau sgt yang siti ni minat makan yg pedas2..x sah rasanya makan nda pedas,nda tia nyaman..tekak pun rasa lain macam huhu

ni janji siti kat kwn siti kat m'sia,nk kongsi resepi ani..sori ka zurayda, delay posting da resepi :)

Sambal Belacan : Cili padi, sedikit tomato, belacan bakar, limau kasturi, gula dan garam (siti x leh nk anggarkan berapa2 kuantiti yang dibuat coz siti main campak2 je)basicnya je k :)

gaul semuanya n rasalah pedas manisnya k...really simple right...
cuma yang x sama, air tangan sorang2..f sambal siti memang x sama dgn sambal yang dibuat oleh mertua siti walhal sama betul 100% dgn resepi yang dibuat oleh mertua siti..siti percaya, air tangan sorang2 memang x sama walaupun sama resepi yang di beri hehe mesti ada kurangnya..

10 orang memcuba satu resepi n hasilnya will 10 rasa resepi huhu...ada tia kurang warnanya dan rasanya so tani have own style k..x leh buat seperti yang asal..

19 Ogos 2009

Antara Menu bersungkai

ni antara menu bersungkai kelmarin, huhu...liur ani mcm2 kan mkn apa , almaklum liur org puasa hehe...apalgi, blik2 keraja, singgah ke gerai sayur then bali apa yg patut...nda semana2 kan mkn sambal goreng tia hehe,tdi liur kan mee goreng, mcm2 sja bah...Hope blh try resepi nda berapa ani huhu...ku ani suka f apa yg ku masak,usulnya meriah hehe, like ramai lah...mcm2 ada...f nada stok bahan, masak yg patut sja...

SAMBAL GORENG

Bahan-Bahan

300 gm daging lembu (direbus hingga empuk dan hiris nipis atau ikut citarasa anda)
2 keping tauhu saiz sederhana (potong ikut suka)
3 peket tempe- potong ikut suka - yg sepeket $1 sja

Goreng tempe dan tauhu berasingan dgn minyak masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
2 btg serai
1½ cm lengkuas
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar udang kering (direndam dgn air)

Bahan Hiris

3 btg cili merah
3 btg cili hijau
1½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih

300 gm kacang panjang (dihiris serong2)
1 biji kentang (potong ikut suka)-optional
100 ml santan kotak
100 ml air
sedikit air asam
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar gula
¾ cawan minyak (atau secukupnya)

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.

2) Kemudian, masukkan bahan hiris sambil dikacau-kacau hingga bawang layu. Masukkan pula hirisan daging tadi bersama kacang panjang. Kacau sebentar.

3) Seterusnya, masukkan tempe, tauhu, kentang, santan, air, air asam, gula dan garam. Kalau kering, boleh tambahkan sedikit lagi air.

4) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut tekak sorang2..

04 Ogos 2009

Sambal Tempe Special

f siti, tempe mesti byk dri bahan lain huhu
kekacang memg feberet siti hehe
ni aktiviti masak2 siti last weekend utk lunch kitorg hehe..most da time, hby suka mkn kat rumah...mestilah siti jdi chef..hehe
sambal juz jdi antara menu special..baking2 jua, masak tetap dbuat hehe...nda mampu kn cri maid huhu..
layanz je resepinya
Bahan-bahan
*2 tempe
*2 tauhu
*2 biji ubi kentang
semua tanda * digoreng terlebih dahulu n ketepikan
bahan kuah:
cili kering
5 bawang merah
2 bawang putih
1inci belacan
kacang tanah yg dikisar
air asam jawa
sedikit sos cili (siti tambah)
garam * serbuk perasa secukupnya
cara membuat:
cili kering, bwg putih dan bwg merah dikisar. panaskan minyak, masukkan bahan yg dikisar tadi sehingga naik bau. then masukkan belacan dan air asam jawa.
masukkan kacang tanah yg dikisar dan sedikit sos cili...gaul sebati n later masukkan
bahan yg digoreng tdi...garam & serbuk perasa secukupnya jgn lupa hehe
masakan ni jenis sambal, so jenis kering...
yum2...