03 November 2009

Resepi - Sambal Daging Cincang dan Ikan Kari Asam Pedas


masani siti still dlm proses diet huhu...so x makan nasi, makan ratah2 je...tapi liat mine, mcm nda diet je eheh :) cana ah ehe...x pelah, lain x g diet hehe..see dat my ikan, my daging n a bit taugeh celur huhu...mcm heavy je :) bah nanti ta memikirkan diet ani

meh laynzz da resepi ni ,haPPy TRYing :)

SAMBAL DAGING CINCANG

* 1/2 kg Daging cincang
* 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia ( lagi byk halia, cukup menambah rasa n also membuang angin dari badan ehe)
* Bahan kisar (tumis):
* 15-20 tangkai cili kering
* 2 ulas bawang putih
* 6 ulas bawang merah
* Halia (1-2 inci)
* Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar
* 1 Cawan Air Asam

* Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging,yang blh wat rasa best ni -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak..

Cara-cara

1. Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20-30minit)
2. Kisar bahan2 untuk dikisar...
3. Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
4. Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
5. Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
6. Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
7. Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (make sure lebihkan gula sedikit)
8. Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat ( siti suka wat sambal kering2), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak
9. Bila dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..masukkan kentang yang digoreng tadi

IKAN MASAK KARI ASAM PEDAS

* ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5 (apa je jenis lauk)
* 1 biji bawang besar, dimayang
* 3 biji bawang putih, diketuk
* 2 inci halia, diketuk
* 1/2 ibu jari belacan
* 1 batang serai, diketuk
* 1/2 inci lengkuas, dihiris nipis
* 3 sudu besar cili kisar
* 2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
* 1/2 cawan air asam jawa
* Air secukupnya
* Garam & gula secukup rasa
* 2 daun kari


Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa. lastly sesuaikan rasa dengan tekak tani :). yang pas memasak masakan ani, mesti ada rasa pedas, manis n masam.

huhu sng x ah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan