18 November 2009

Resepi - Sup Ayam Siti


huhu my sup baru masak dari dalam belanga huhu..ni aktiviti masak2 hari minggu lepas..actually memang nk wat awal pagi, since famili dari KB turun, so kena buat mlm lak..kan siti tengah diet masani adeh kasitau lagi 2 huhu..menu sihat lah ni...kurangkan minyak je lah ye coz sup ni pun dah ada lemak tersendiri, lemak ayam kan :)kalau kasi hby, xde makanan sampingan pun xpe, sup ayam je pun dah org kata,makan nda nampak telinga ehe...berhirup saja...ok meh layazzz sup siti kali ani :)

SUP AYAM SITI

* 1 ekor ayam potong 16
* 1 labu bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* sebatang kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 iji buah pelaga
* 2 bj kentang
* 1 btg lobak
* 1 mangkuk air panas br masak
* lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
* daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah.
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan