18 November 2009

Resepi - Mee Hoon Sup Tulang



ni untuk dinner kami mlm tadi, awal dah siti prepare nk wat mee sup ni..untuk stok bahan pun mengikut stok yang ada kat esbok huhu...kira simple jua, yang penting sedap...hby sampai ask for more huhu..berselera makan nampak ehe..ok meh layzz my mee sup..sekali sekala ubah makan nasi, makan mee lak diz tym huhu

MEE HOON SUP TULANG

BAHAN-BAHANNYA

Isi Ayam yang disiat2
Udang
1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan hiris menyerong setiap belahan
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1 ketul kiub tulang rusuk "MAGGI"
6 kuntum cendawan butang, hiris nipis
4 biji telur
4 biji bawang putih, diketul
1 inci halia, diketuk
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN LAIN :-)
Mee Hoon yang siap dicelur
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA

Kupas udang, cuci isinya dan toskan, cuci kulit udang dan rebus 20 minit dengan 1 liter air. Tapis untuk stoknya. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan lobak merah hiris dan leek. Masak hingga layu dan tuang stok udang.
Masukkan daging dan kiub tulang rusuk. Biar mendidih perlahan Masukkan cendawan, udang dan serbuk lada hitam. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga keras.
Tambah air jika perlu dan masukkan garam secukup rasa. Tuang minyak bijan dan masukkan belahan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup dengan isi2nya, tabur hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera....

WALAAAA siap dah untuk dinner :) jgn jealous...jealous buat tau huhu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan