09 November 2009

Resepi - Donut GEBUssss II



ehe...bila siti ada kelapangan dari part baking, siti lebih suka menguli2 n menggentel2 tepung huhu...so nk try lak resepi donut lain...hm...alamak gebusss nye ia...tgk 2...cute kan hehe...nda sempat jadi bekal hby, hbis dimknnya dirumah hehe


DONUT GEBUSSS siti

Bahan-bahan ( 12 biji )

* 200g tepung
* 1sb baking powder
* 30g mentega-suhu bilik
* 20g gula
* sedikit garam
* 1 biji telur
* 1/4 cawan susu

# Pukul mentega dan gula sehingga putih. Kemudian masukkan garam
# Dalam mangkuk lain, campurkan telur dgn susu dan kacau.
# Masukkan 1/3 susu+telur tadi ke dalam mangkuk mentega. Kacau. Kemudian masukkan lagi 1/3. kacau. Ulang sampai habis.
# Ayak tepung dan BP. Campurkan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
# Canaikan ke atas dulang pencanai setebal 1cm. Terapkan dengan acuan donut. Adunan ni lembik sikit. Jangan tambah air. Masa nak canai tu kena tabur dulu sedikit tepung supaya tak melekat. perapkan sementera 2...selepas naik seganda, barulah digoreng
# Goreng sehingga perang. Sambil tu kacau balik sekali sekala

huhu siap dah utk bekfas siti :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan