19 Januari 2010

Resepi - Bendi masak sambal ^_^



ni sayur waktu weekend siti ehe...simple saja but penuh khasiat...try lah ^_^

BENDI MASAK SAMBAL


10 biji bendi di potong serong
isi ayam di cincang digoreng
5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 biji bawang besar dicincang
Lada sulah
Garam dan ajinamoto

Cara-cara

Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. dan kemudian masukkan isi ayam tadi.Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
*Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.

ANTARA KHASIAT KACANG BENDI, its good ^_^

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu

i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru dan sakit kerongkong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan