27 Januari 2010
Resepi - Sambal Tumis Peria ^_^
Seperti yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya.
Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti
mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein,
lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.
Dipercayai
sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit
kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap
pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu,
ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu& minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.
Peria
juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul, kudis
buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan peria
& secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit
setiap hari selama empat hingga enam bulan.
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria. Ia
juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia
mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.
actually siti buat ni untuk my dad, coz my dad suka makan sayur ani, at da same tym jua, its good for pesakit darah tinggi, but mesti konsisten,f sekali dua, memang nda nmapk kesanya ehe..apa-apa ni mesti konsisten saja...baru ta tani merasa kesan baik ,nda ja ^_^ (shhh...even siti masak, siti nda pandai makan ehe, pandai masak ganya huhu)
SAMBAL TUMIS PERIA
1 Biji Peria Besar
Cili kering
bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
udang kering/ikan bilis
garam
gula
1 sudu makan sos tiram
kalau suka masukkan kiub pati ikan bilis
sedikit asam jawa ( my teknik supaya pahit peria nda berapa terasa ehe)
caranya:
1. blender cili kering dan potong kecil-kecil semua bahan yang lain dan tumis macam kita buat sambal tumis biasa.
2. akhir sekali baru masak peria
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan