28 Ogos 2009

Resepi - Mee Bandung



seksi eh mee bandung siti ah, menggoda banar ah...huhu...sabar2 tim puasa ni

kan siti udah gtau siti minat banar any hidangan mee...hehe...jarang banar menolak so kami pun sungkai dengan mee bandung special ani...so bleh try ah...can any1 antar report mana2 resepi yang di cuba dari blog siti ,boleh ?hehe...kan tau jua progress yg try...TQ can email me f ada kesempatan...

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 500g udang kering segar
* cili untuk menumis
* gula pasir
* bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
* bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
* mee kuning 1 peket
* sotong basah
* telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
* Sayur sawi 2 ikat
* tauhu goreng 5 keping
* garam
* air untuk kuah
* 5 biji tomato segar
* minyak untuk menumis
* daging (optional)
* Bawang goreng

Cara-cara

1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

TADAA....siap dah...klu ikut style siti masak tim2 posa ani, siti masak dekat2 pukul 6, preparation juz 30min mcm a2...so tim sungkai masih panas2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan