07 Ogos 2009

Honey Prawn, so sweet so yummy

so juicy tau udang ani, hingga menjilat jari hehe

sekali sekala makan seafodd huhu, hby reqs kan mkn udang, siap balikan udang di Mall, so cheap disana, nda sampai $7 sekilo, udang bersize besar mcm ani...nda menyesal hehe...

so nda rugi try resepi ani...


Bahan-bahan :
400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
1 sk rempah 5
2 sudu makan sos cili
3 biji cili padi (diketuk)
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sdt sos tiram
2 sudu makan jus lemon
3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, kapsikum
Cara-cara :

Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.
Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain.
Hidangkan setelah masak.
***untuk tidak menjejaskan mutu rasanya, udang hendaklah digoreng(samada separuh masak atau goreng hingga masak/garing) atau direbus sedikit(jika xnk goreng) sebelum dimasak dgn kuahnya.
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan