18 Ogos 2012

Resipi - Daging masak Hitam Berempah ^__^


Alhamdulillah selera untuk berbuka puasa sentiasa berubah-ubah
rasanya hampir semua menu masakan ada di buat setiap hari
mcm menu istimewa di rest 3 bintang pulak haha
^___^

like hari biasa, any masakan berkicap memang super licin 
dah jadi fav sefamily ehe
so sekadar nak berkongsi resipi simple kali ni
^__^

will f korang nak sedikit pedas, bolehlah ditambah sedikit serbuk lada
pssttt jangan lupa, makan menu daging ni berkala saja k

HaPPy Trying.......




DAGING MASAK HITAM BEREMPAH


1/2 kilo daging
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
3ulas bawang putih - hiris
2 cm halia – tumbuk hancur
2 SM serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
½ cawan kicap pekat
4 cawan air
sedikit sos tomato

Cara penyediaan:

Potong daging mengikut selera masing-masing, basuh dan tos.
Gaul daging bersama serbuk kari, lada hitam, asam jawa, garam, sos tomato dan perap selama 30 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging dan gaul rata. Masukkan kicap dan air.
Kacau rata, biarkan mendidih sehingga daging menjadi empuk.

DONE ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan