05 Disember 2012

Resipi - Nasi Briyani ^__^ + Ayam masak merah special ^__^ so SEDAP...


N3 ni sepatutnya masuk sewaktu hari raya lepas ehe...
alamak, byk betul n3 yang blum masuk dapur
adoi2...mcm2 BZ yg melanda

Keja kat ofis, keja kat rumah, tempahan kek setiap minggu
n kewajipan as wif n mommy to haiqal yang lasak ehe ^.^

hmmm...bertenet cuma di mlm hari atau di sewaktu weekend je uhu...
kus semangat....

ni buat last raya haji, sebelum nak pegi ke rumah my MIL
semuanya nak sempat, 
senang je dah masani , guna rempah siap sedia ehe
^____^


NASI BRIYANI ^__^

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - disimpul 
3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

REMPAH TUMISAN :

Sekontena set rempah brunei **beli di kedai runcit je ^.^

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi. x payah put pewarna kuning, coz automatik dengan rempah brunei ni , dah berwarna kuning ^.^

D O N E ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan