07 Januari 2013

Resipi Daging masak kurma pedas - n3 RESIPI PERTAMA 2013 ^__^


Assalamualaikum semua ^__^
alhamdulillah berpeluang jua kan update, selepas melalui my hectic week uhu...
hujung hujung tahun yang lalu, penuh agenda hendak dibuat
hendak buat itu jugak, nak buat ini jugak uhu...
fuh...semangat...
rasanya mcm badan ni kna dibahagikan ke beberapa bahagian hanya untuk setel semua
^.^

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dijangkakan 
^___^

btw sekadar nak share resipi masakan versi kurma pedas ni
maklumlah last time, byk daging korban kitaorang sefamily dapat
mana dari jiran, frenz n B mobile pun ada ehe ^.^

DAGING MASAK KURMA PEDAS ^__^
 
Isi Daging di potong sederhana besar
sekotak santan
5-7 biji cili api
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
rempah tumis 
1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
2 biji kentang besar
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
garam, gula, air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

Bawang besar , b.putih, cili api dan halia ditumbuk atau blend jer. Tumiskan atas dapur bersama rempah tumis sehingga berwarna kekuningan.
Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, biarkan daging sebati dengan rempah, masuk air sikit supaya tak hangit.
Gunakan api sederhana dan biarkan daging empuk sikit, kemudian masukkan kentang.
Setelah kentang hampir empuk masukkan pula santan, bawang besar yg dibelah empat, garam &gula ajinomoto, dan air asam jawa.
Kemudian masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Versi daging untuk bubur my haiqal ^.^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan