24 Jun 2010

Nasi Goreng Simple n Ayam Goreng Gurih Ala Siti' ^__^

rasanya dah lama siti x masukkan n3 masak2 ye...hihi
byk yg masih menunggu giliran nk interframe
hihi ^__^
so kena giliran ye budak2

btw kdg bila masa tani cukup terhad specially mcm siti
bertugas n balik truz dengan aktiviti baking membaking ni
part yang disuka, kena masak untuk hby
^__^
even simple, kena masak jugak kan
so yg ni , hby cukup suka
coz ada mcm2 hihi
ada nugget, ayam goreng yum yum n ketam goreng
simple kan...
juz want to share simple resepi je ^_^
simple -simple pun boleh jadi special untuk org tersayang
ngeeeee

NASI GORENG ALA SITI' ^___^

Nasi putih
Kicap manis
Udang sederhana
Lada putih
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas (mayang)
sedikit cendawan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bawang putih dititik dan tumis sampai wangi. Masukkan bawang merah yang dimayang goreng sampai lembut. Kemudian masukkan udang serta kicap sekaligus. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
Masukkan nasi putih dan cendawan kemudian kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Letak sedikit lada putih untuk menaikkan aroma nasi tersebut.
Siap untuk dihidang (tambah telur mata jika perlu).

AYAM GORENG GURIH ^__^

Bahan-bahannya :

  • 10 potong peha ayam (dibersihkan)
  • 2 biji telur ayam (dipukul rata)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • seulas bawang merah

Bahan untuk tepung :

  • 2 SB tepung gandum
  • 1SB tepung beras
  • 1SB tepung ubi kayu
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk penaik ( jika suka)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gaulkan ayam bersama bawang putih, bawang merah, serbuk lada hitam dan garam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih agar bahan-bahan dapat meresap.
  • Masukkan tepung-tepung dan bahan perencah ke dalam uncang plastik. Goncangkan hingga semua perencah sebati. kemudian ketepikan.
  • Lumurkan ayam dengan tepung berperencah. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul. Angkat dan masukkan kembali ke dalam campuran tepung. Ulangi proses mencelup sesuai dengan ketebalan tepung yang diingini.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dgn api yang sederhana.
  • apabila sudah masak, siap untuk dingap hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan