Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan merentasi sebuah hutan. namun malangnya, 2 ekor di antara katak-katak tersebut telah jatuh ke dalam sebuah lubang. katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.
Kedua-dua katak tersebut tidak mempedulikan kata-kata rakan mereka yang lain dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lain tetap menasihatkan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah seeokor dari katak yang ada di lubang itu akur dengan kata-kata katak yang lain dan menyerah. Ia terjatuh dan mati.
Sedangkan katak yang seekor lagi terus berusaha untuk melompat setinggi yang mungkin. Sekali lagi katak-katak yang berada di atas berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja.
Tetapi, ia bahkan berusaha lebih keras dan akhirnya membuahkan hasil. Dengan satu lompatan yang kencang, ia berhasil sampai ke atas.
Katak-katak yang lainnya begitu kagum dengan semangat katak yang satu ini, dan bertanya "Apakah kau tidak mendengar teriakan kami tadi?"
Lalu katak itu(dengan membaca gerakan bibir katak-katak yang lain)menjelaskan bahawa ia tuli.
Akhirnya mereka sedar bahawa ketika di bawah tadi mereka di anggap telah memberikan semangat kepada katak tersebut.
Siti - biarlah org cakap negatif tentang kita, yang penting kita tau siapa kita sebenarnya dan tau apa kemampuan diri kita sendiri..peduli apa org cakap...jgnlah mudah down dengan persepsi org mengenai kita, drg cuma melihat luaran..hanya kita saja yang tau segalanya ^__^
pernah siti cerita kisah ni kat hby siti tym he rasa down, alhamdulillah hby ambil iktibar from da kisah, haha..kdg siti ni jdi ustazah tah jua dalam bersahabat dgn hby hihi ^,^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan