Assalamualaikum semua
^___^
waduh2 agak lama siti x share resipi kat dapur kecik ni ye
bz x menentu + mood M datang hihi
bila dah mood M datang, nak tgk blog pun rasa boring
nak taip apa2 pun rasa x larat uhu
nipun udah ditawari sikit, blhlah mengupdate blog
dapatlah kemas mana2 yang dah berhabuk hihi
^.^
korang can try da resipi
simple dan sesuai untuk lunch or dinner
DAGING GORENG ASAM MANIS BERKICAP ^___^
Daging
Setengah inci halia
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
bunga lawang
4-5 biji cili padi
sebatang serai (dititik)
lada hitam (ikut suka)
3 keping asam kulit
kicap manis
garam secukupnya
Cara-cara :
Bawang merah dan putih, cili padi, halia di kisar bersama-sama.
Goreng daging seketika. Angkat dan toskan.
Tumis bahan kisar tadi serta bunga lawang dan serai yang di titik. Masukkan asam kulit dan juga lada hitam yang telah ditumbuk.
Masukkan kicap manis dan garam secukupnya.
Apabila bahan tumisan masak, masukkan daging goreng. Tambahkan sedikit air jika tidak mahu kering bahan tumisan tadi.
Siti : suka masak kering2 berkuah sikit ehe ^.^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan