29 April 2011

7 Amalan Dalam Rumahtangga ^___^


Berkongsi pembacaan siti dalam membina masjid bahagia ^_^

Amalan 7 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)

PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima
kasih apabila diberi pertolongan.

PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan
keseronokan dunia
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan