20 Februari 2012

Cukur Rambut Haiqal pulak kali ni ^__^

wah...x sabar auntie-auntie nak tau perkembangan lil haiqal
TQ ye cayang2 dengan my lil1 ni ehe
SWEET ^__^

btw ni, xde ada majlis tertentu untuk cukur rambut lil haiqal
we juz planned nak buat ke kedai gunting je ehe
o.o
masing-masing takut nak cukur
alahai, licak je kepalanya adoi...
naik ngilu siti n mr lov dibuatnya

nasih baik, ada 1 kedai gunting ni sanggup buat acara ni haha
BB boi sgt sesuai bercukur dari kecil
kata orang, bisai tumbuh rambutnya bila besar nanti
^__^
orang melayu memang x kurang dengan petua n adat2 tertentu
so x salah bila kita nak teruskan tradisi n amalan orang brunei/melayu ni
nda aje ^-^

nway..Kedai gunting kat area kpg katok
dekat-dekat area kpg my mertua

bila mr lov tanya 1 kedai sebelum ni

Mr Lov - kita pandai mengcukur baby ke sambil melirik our haiqal ~ haha

Lingka - " kami sanggup cukup no 1 saja, takut luka kepalanya'

Siti sambil menyampuk, nda eh, kosong trus bah...

hurm....terpaksa cari till ke 3 buah
then dapat ta kedai gunting kecik ni
juz sepintu je, tapi sejuk jua beraircon ^,^

Nasib jua, Haiqal tengah tido ehe
so senanglah lingka ni mencukur
^__^

adoi...nyaman g tidonya bah haha
^___^
Haiqal.... Haiqal

Alhamdulillah, DONE dengan sempurna
^__^

eh...haiqal dah bangun pun ehe...
kiss mama sekali ^.^

~tau kan bergambar atu bah uhu~
dah diajar dari kecil
tau2 je kan ehe

Ambil berkat hari khamis, siti tanam rambut haiqal di belakang rumah
^___^

Selesai dah, SYUKUR....

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan