26 Jun 2014

buat kek pisang - sedap ^^ gebu je....

Last time, terbeli byk pisang, konon nak jemput-jemput pisang...

ehe last-last buat kek pisang je...kek ni guna 5-6 sisir pisang...cukup padat rasa pisangnya ^^

sedap~~~ sgt sesuai untuk minum petang...



 KEK GEBU PISANG ^_^

1 1/2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1/2 cawan gula
2-3 SK Susu manis
5-6 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

CARANYA:

 Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

 Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai,

DONE ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan