22 Februari 2010

Tempahan Last Week ^_^














Alhamdulillah atas rezeki yang sentiasa datang dan bersyukur dengan rahmat yang tidak putus-putus buat hamba-hambanya ^_^ ( tanpa usaha, rezeki nda kan datang bergolek nda ja ehe)
TQ Diana TJ for 1F Maltz
TQ Dk Yati di Manggis Dua for 1H LoChi n 1H Maltz
TQ Jabah di UNISSA for 1H Maltz
TQ Hani di Kiarong for 1H Maltz
TQ Hjh Idah,Tauke ASNA for 1F Maltz
TQ Cgu Adam di Tanah Jambu for 1F Maltz
TQ Zila di Tutong for 1H LoChi
TQ Be'ah di Manggis Dua for 1H LoChi
TQ Pg Haryanti di Lambak Kanan for 1F Maltz
TQ Mimi Diana MOF for 1F LoChi

Resipi- Nasi Ayam Special dari Siti ^_^



yang ani untuk makan-makan tym kat rumah ehe...berkurun rasanya dah ni, last 2wks mayb baruta ada masa kan tampek kat sini ehe...yang ani jua atas permintaan my new customer, Ena di Lambak Kanan, been requested for nasi ayam' recipe ehe.. hby kalau makan ni, mesti tambah nasi ehe...insyAllah u will success like i did ^_^

NASI AYAM SPECIAL (mengikut anggaran sahaja ^_^)

1 kg beras
lemak ayam
3 Ulas bawang merah - dimayang
1 1/2 bawang besar - dimayang
3 Ulas bawang putih - diketuk
3 helai daun pandan
1 ½ liter stok ayam
1/2 cawan minyak bawang putih
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit gula


Cara memasak ayam:
1 ekor ayam

Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan

Cara membuat sos cili:
cili merah
halia
minyak ayam
jus limau nipis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara membuat sos halia:
halia muda
minyak ayam
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara Memasak:
Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan.
Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis.
Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak.

19 Februari 2010

Do You Want My FREE MalTeSers MuFFin ?

Jangan lupa
My Promosi for diz SUNDAY ^_^

Half Maltz $14.00
Half LoChi $13.50

Assalamualaikum semua ehe, hopely semuanya sihat walafiat dan sejahtera ^_^
ehe siti ni kan juz kan mencuri2 masa sebelum kesibukan terjadi adeh huhu..

Bersempena Our National Day next week on 23 Feb 2010 ( yeaaa bangga siti jadi org brunei )
Siti will g free special Muffin only on dat day setiap pembelian keks from my dapur

Berapa Biji MuFFin siti will bagi?
Owh tertakluk kepada budi bicara Puan punya Dapur ehehe..

My Maltesers Muffin ^_^ for my special customer
(my New Baby from my Dapur ehe)
saja kan keluarkan my baby ani on Our National Day ^_^

Juz txt me at 7140236
plzzz booking awal yeaa selagi oven siti belum meletup ( eh,,istilah apa kanz tu ehe)



Salam MerdeKa from ME ^_^

18 Februari 2010

Resipi - Ayam + Taugeh masak Halia ^_^

Nama Botani - Zingiber Officinale Ross

Nama Timang-timangan ( Jgn kamu, ani pun ada nama manja huhu)
Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)


Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


ni aktiviti masak tym weekend huhu...mentang-mentang CNY kan ehe, masak pun ala-ala chinese ehe ^_^, gara-gara siti tgk AFC, tercetus jua idea kan masak apa ayam kat dapur kan, ala boring jua kan goreng dan at the same tym jua, save masa ehe, coz my resipi ani masuk sayur truz ehe..ni untuk siti makan ratah-ratah saja ehe.. almaklum badan ni kejap turun kejap naik hmmmm...kena jogging lebih ni ehe ^_^
Layanzzzz ^_^

AYAM + TAUGEH MASAK HALIA ALA-ALA CHINESE ^_^


Bahan

Isi ayam
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang dihiris
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.

Tempahan Setiap Hari ^_^


TQVM semua to those yang sentiasa support siti selama ni ^_^
Happy sgt2 ehe





TQ Mimi di Rimba for 2H Maltz
TQ Hjh Idah, Tauke ASNA for 1F Maltz n 1F LoChi
TQ Siti Jubaidah di TELBRU for 1F Marble Cheese
TQ Cgu Sabrina di Sek Ugama Serusop for 1F Marble Cheese
TQ Cgu Khairul di Mulaut for 2F Maltz
TQ Datin H di Manggis Dua for 2F Maltz n 1F LoChi

16 Februari 2010

Resipi- Sandwish Telur Siti

ni untuk bekal hby g keja ehe...banyak? nda banyak x aa, nda cukup g ehe..kwn seofis hby sempat bekfas dengan sandwish siti ni n my hot teh tarik sebelum buat keja masing-masing..sempatlah subuh2, siti buat 2bantal roti n teh tarik sekali ehe...minum kat rest,dah berapa $ so buat banyak biar semua ampit ^_^

n nk tunaikan email Nadia di Tutong yang kan tau my simple sandwish ani ehe..simple ja ^_^


SANDWISH TELUR SITI


Bahan-bahan

roti sandwich
2 biji telur
3 @ 4 sudu mayonis
secubit garam
secubit serbuk lada putih


Cara-cara

rebus telur hingga masak.
hancurkan telur tersebut,masukkan mayonis,garam,lada putih,garam & gaul rata.

roti sandwish boleh disapu mentega (jika suka) dan bubuh telur yang telah di gaul tadi.

Tempahan besar by Ka Anna ^_^





Kek Oreo


TQVM ka Anna di Flat Polis Gadong for $50 Kelupis Udang, 2F Chezy Brownies, 2F Kek Oreo, 2F Marble Choc n 1F Marble Cheese

TQ ka anna atas semuanya ^_^