22 Februari 2010

Resipi- Nasi Ayam Special dari Siti ^_^



yang ani untuk makan-makan tym kat rumah ehe...berkurun rasanya dah ni, last 2wks mayb baruta ada masa kan tampek kat sini ehe...yang ani jua atas permintaan my new customer, Ena di Lambak Kanan, been requested for nasi ayam' recipe ehe.. hby kalau makan ni, mesti tambah nasi ehe...insyAllah u will success like i did ^_^

NASI AYAM SPECIAL (mengikut anggaran sahaja ^_^)

1 kg beras
lemak ayam
3 Ulas bawang merah - dimayang
1 1/2 bawang besar - dimayang
3 Ulas bawang putih - diketuk
3 helai daun pandan
1 ½ liter stok ayam
1/2 cawan minyak bawang putih
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit gula


Cara memasak ayam:
1 ekor ayam

Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan

Cara membuat sos cili:
cili merah
halia
minyak ayam
jus limau nipis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara membuat sos halia:
halia muda
minyak ayam
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati

Cara Memasak:
Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan.
Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis.
Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan