Assalamualaikum semua ehe...ni untuk bekfas kitaorg...siti dah set mlm sebelum siti goreng,simpan dalam kontena tightly...rasa lebih ummm ehe...sekali sekali lagi tukar selera pagi ^_^
FRIED POTATO WEDGES
FRIED POTATO WEDGES
- 2 biji kentang - saiz besar
- 5 sb tepung gandum
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit serbuk lada putih
- sedikit gula
- sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
- Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak ( siti wat mcm sampan ehe, ambil jalan simple ja huhu). Dah siap toskan.
- Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
- Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili/ sos thousand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan