24 Februari 2010

Resipi - Satay Goreng & Kuah Satay ^_*


nda sangka, success jua my satay ehe alhamdulillah

Dalam kesibukan baking, sempat jua membuat satay goreng ehe cucuk ke lidi, mcm Banar tia ehe ( satay jua kan ehe)
memerap semalaman ( rasanya lebih merasep yum..yum)
kesibukan baking semasa promosi Free MuFFin, adoi ma...
mlaz kan cerita mcmana penatnya, leTihnya...fuh...tulang karat pun yikyok bunyinya ehe
dalam masa yg sama, keletihan terubat coz really ramai yg masih sudi mengorder
from my lil dapur ani,
dan membagi komen yang membina dan g terharu pun ada huhu (HaPPy lah tu)
TQVM semua ^_^
lupa nk update pic ehe, tunggu...
SATAY GORENG

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu/kambing/ayam - dihiris nipis (gunakan daging batang pinang)

Bahan2 kisar A:
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup atau 2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan2 kisar B - disangai dulu:
5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
150g gula pasir
150 gm gula merah
2 sudu teh garam atau secukup rasa

cara:
gaulkan semua bahan dan perapkan semalaman
panaskan minyak yang banyak (goreng secara terendam) dan gorengkan daging/ayam sehingga masak dan garing
kemudian barulah dicucuk ke lidi jika suka ^_^

KUAH KACANG SATAY

Bahan-bahan:
300.gm kacang tanah – goreng tanpa minyak hingga garing
2.5 cm halia
Seulas lengkuas
3 sudu makan cili kisar
2 serai
1 cawan gula
1 bawang besar
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.
2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.
4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.
5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.

2 ulasan:

  1. hi Siti, salam lebaran, saya copy yea resipi nya.. nak cuba buat santapan anak2...

    BalasPadam
  2. hhi dear ^__^

    salam lebaran jugak dari brunei

    silakan ehe resipi simple saja, aah betul tu untuk santapan sefamily

    BalasPadam