08 Februari 2010
Resepi - Sambal Goreng Pengantin
sebulan sekali siti mesti hadkan makan daging ehe...maklumlah masani isu kesihatan berkuat-kuasa dirumah siti huhu..sekali sekala bolehlah ye...penyakit macam-macam masani so sebagai langkah berjaga-jaga, permakanan pun kena control jugak kan..ni aktiviti weekend ehe...relax ja sambil2 menunggu customer siti ambik order ^_^
SAMBAL GORENG PENGANTIN
* 1 kilo daging *
* 1 kilo hati lembu *
* @20 tangkai cili kering
* @3 biji bawang besar
* @ 10 ulas bawang putih
* @1/2 jari halia
* @ 2 hiris lengkuas
* @ 8 batang serai - hiris
* 10 tangkai cili kering - cuci,gunting serong dan goreng garing.
* 2 cawan bawang goreng
* 1 cawan air asam
* garam dan gula secukup rasa
* Secukup minyak utk menggoreng dan menumis.
Cara-cara
1. Bahan bertanda * direbus,didadu kecil dan digoreng berasingan.
2. Bahan bertanda @ dikisar halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis hingga garing. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan bahan yg digoreng dan gaul rata,tambah sedikit air dan masukkan cili kering goreng dan bawang goreng dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Masak hingga rata.
4. Sambal goreng ini jangan dimasak terlalu kering,biar basah2 sedikit.
Sumber - Majalah Wanita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan