18 Februari 2010

Resipi - Ayam + Taugeh masak Halia ^_^

Nama Botani - Zingiber Officinale Ross

Nama Timang-timangan ( Jgn kamu, ani pun ada nama manja huhu)
Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)


Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


ni aktiviti masak tym weekend huhu...mentang-mentang CNY kan ehe, masak pun ala-ala chinese ehe ^_^, gara-gara siti tgk AFC, tercetus jua idea kan masak apa ayam kat dapur kan, ala boring jua kan goreng dan at the same tym jua, save masa ehe, coz my resipi ani masuk sayur truz ehe..ni untuk siti makan ratah-ratah saja ehe.. almaklum badan ni kejap turun kejap naik hmmmm...kena jogging lebih ni ehe ^_^
Layanzzzz ^_^

AYAM + TAUGEH MASAK HALIA ALA-ALA CHINESE ^_^


Bahan

Isi ayam
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang dihiris
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan