13 Disember 2010

Resipi - Hati goreng kicap bersos tiram ^__^

ni antara menu aidiladha yang tertunggak hihi
asyik lupa nak tayang kat sini
^___^ soe ye
menu simple untuk family
sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad
like siti ^,^

HATI GORENG KICAP BERSOS TIRAM

Hati Lembu - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit lada kisar
1 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos tiram
3-4 SB Kicap sedang manis
sedikit air asam jawa
garam n gula secukupnya jika suka

Cara

Hati lembu tadi digaul dengan serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak
toskan dan ketepikan
panaskan minyak dan masukkan bawang dan lada kering yang dikisar hingga naik bau.
masukkan sos tiram dan kicap manis dan gaul rata
masukkan hati yang digoreng tadi dan gaul lagi
dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan sesuaikan dengan rasa

DONE ^___^


Siti - suka hati goreng kering, no kuah2 hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan