17 Mei 2014

Mee Goreng Special di hujung minggu ^_^

Masak special di hujung minggu satu kemestian bagi siti...

maklumlah...hujung minggu saja masa untuk try new resipi n masak special ehe...

biasa mlm hari balik keja, masak xpress saja...yang penting dapur berasap haha ;p

alhamdulillah....syukur dapat hby yang cukup memahami n sporting dalam segala hal
^_______________^

x kisah siti masak apa...kekadang pandai tia taisliur nak makan masakan lain ehe ^^
liur western tia jua ^^

Mr Haiqal? anak ni masih kecik, baru 2 tahun plus, haha kejap nanti pandai demand nak makan apa tu...

so far masih ok...di tahap, apa siti masak, itu dia makan ^^



MEE GORENG SPECIAL ^_^

Sebungkus mee udang
Daun sawi - potong siap 
udang secukupnya
 Fishball
2SB Lada kisar
1 SB sos tiram
1 SB kicap manis
1 sudu kecil sos ikan
garam dan serbuk perasa
2 ulas bawang merah dan bawang putih - dimayang halus
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK ^^

Tumis bawang merah dan putih. Tunggu sehingga kekuningan. Bancuhkan cili boh, sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa dan kicap manis. bancuh dengan sedikit air panas dan gaul sebati.
Bila bawang dah sedikit kekuningan masukkan campuran pelbagai cili boh dan sos tadi ....
Balik-balikkan sehingga cili masak. Nampak dah naik minyak tu, tunggu dalam 5 minit .
Masukkan udang dan fishball . Masukkan mee dan goreng-gorengkan sehingga agak-agak garing tapi tak kering.
Akhir sekali masukkan potongan sawi. sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa.


cukuplah untuk perut besar 2 orang n 1 perut kecil
^__________^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan