13 Mei 2014

Pizza Telur ^____^ SEDAP...Mr HaiQal jilap pinggan ehe ;p

Idea untuk main masak-masak yang sgt simple ehe
^_________^

simple tapi tetap berasap dapur ^^

Hari isnin biasanya jadi hari bermalasan nak masak yang lebih2 ehe ^^

so semlm, juz goreng telur special ni n goreng wings bermadu, nanti siti kongsi yang tu pulak ye ^^

Our 2yrs-noty-picky Mr Haiqal amat suka with simply SEDAP telur ni...
haha...blhlah mama masak selalu ni ;p 

can Babah Haiqal? haha...

sekali sekala je ye ^^


TELUR GORENG SPECIAL ^_^

4-5 biji telur
3-4 biji ubi kentang
4 batang sosej
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk eregano
1/2 cawan susu full cream
Segenggam parutan keju cheddar
Tomato

CARA MEMASAK :

Kupas semua ubi kentang dan dipotong dadu kecil2 . Sosej pun dipotong kecil dan bawang putih serta bawang dicincang halus.  Panaskan sedikit minyak dan tumis dulu semua bawang hingga wangi dan masukkan semua ubi kentang serta oregano dan goreng hingga ubi kentang menjadi lembut . Kemudian masukkan sosej dan biarkan sampai semua sosej masak. Ratakan campuran ubi kentang serta sosej ni supaya sama banyak . Pukul semua telur dan masukkan semua susu , cheese cheddar dan sesuaikan rasa. Kemudiam masukkan semua telur dalam frying pan yang ada ubi kentang tadi . Rata adunan telur dan biarkan kedua-dua bahagian telur dadar ni masak sebelum dihidangkan .

DONE ^___^

http://eemoticons.net


Tiada ulasan:

Catat Ulasan