30 Ogos 2010
Promosi Esok sahaja ^__^
DONUT Time ^__^
BirthDAY Maltz ordered by Ira ^_^
Tempahan Weekend Tym ^__^
Berfikir sejenak dengan my pics ^_^
Mingggu LoChi tia ^__^
27 Ogos 2010
JJCM - Gerai Ramadhan Tutong ^__^
yang dihati tetap dikenang hihi ngeee ^o^
sebenarnya, JJCM siti ni nda berplan, truz jalan je
actually siti saja kan jalan-jalan with my lil siz
jalan punya jalan sampai ta ke jerudong
Special Half LoChi ordered by Ayu ^_^
Tempahan lagi dan lagi ^___^
25 Ogos 2010
Kisah Nabi Muhammad SAW bersama Pengemis Buta
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.
Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa".
"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
Asal Usul Kurma Madinah ^_^
Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Istri-istri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka.
Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malahan mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.
Siti - terkenang balik siti waktu umrah last tym, kurma ni digelar kurma nabi jua, so quite mahal sedikit dari kurma biasa, about R40 -R50 f x silap ^_^, alhamdulillah merasa jua even to be honest, siti ni nda pernah makan kurma bulat-bulat ^_^, iyth waktu disana, family suruh mkn, merasa at least ^_^ hihi..bentuknya quite damit jua dari yg biasa. now siti dah ambil berkat jua coz masani kan byk supplement kesihatan yg mengandungi khasiat kurma didalamnya ^_^, hihi nada alasan g nda makan kurma ^O^
Ganjaran Pasti di Bulan Ramadan ^_^
Keberkatan Ramadan tidak dapat dinafikan kerana banyak hadis yang menerangkan keistimewaan bulan diwajibkan berpuasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Daripada Ubadah Bin Somit meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadan hampir menjelang yang bermaksud: Sudah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpahkan dalamnya dengan keberkatan, rahmat, me-ngampuni dosa kamu, memakbulkan doa, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.
Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila sudah tibanya Ramadan, dibuka pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kita juga dianugerahkan keampunan dan ganjaran pahala yang banyak hasil daripada ibadat yang dilakukan pada Ramadan.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban)
Abu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai Ramadan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikan (Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’, Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sembahyang difardukan kepada sembahyang sebelumnya adalah penebus dosa antara kedua-duanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya adalah penebus dosa antara kedua-duanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadan) adalah kafarah apa antara kedua-duanya melainkan tiga golongan; syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Berkata Abu Hurairah: Aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah sudah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda SAW bersabda: Adapun engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jemaah (Islam). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, Baihaqi)