16 Ogos 2010

Resipi - Ayam Goreng Berempah II

Assalamualaikum pengunjung ^_^
TQVM ye coz sudi2 menyubuk my blog tanpa jemu2
ehe...even disajikan dengan pandangan yang melemahkan
iman tym berpuasa ni ^_^

iiii...namanya dapur kan, kena byk makanan kat sini
btw yang ni antara feberet org rumah siti
'ayam goreng berempah'
cukup menyelerakan dengan aroma bau dan rempah ratus
memang membangkitkan selera makan ^.^
trylah
kena suasanakan dan mempelbagaikan
juadah didapur tani ^-^
Selamat berSAHUR nanti

AYAM GORENG BEREMPAH II

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
1 sudu makan serbuk kari ayam
1-2 sudu makan serbuk cili
1 sdt serbuk rempah 5
1 sudu makan stok ayam
1 sdt serbuk paprika
1 sdt serbuk ketumbar
1 batang serai (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan gula
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam sebelum digoreng.

Siti- siti perapkan ayam ni semalaman, adoi...menusuk ke hati bila makan
adeh...ehe ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan