09 Ogos 2010

Resipi - Ayam Kari Siti ^_^

Assalamualaikum readers
^_^
happy tak harini?
hmmm...mudahan semuanya berjalan lancar ye
Siti? owh..rasanya semuanya juz fine
wah...puasa pun dah nak dekat ni,
hy alamat hari-hari dapur siti ni sentiasa berasap
eh...tgk jelah nanti rajin ke x rajin hihi

btw yang ni makan2 tym di rumah
biasalah bila dah ayam saja terhidang, maknanya
kena tukar selera ehe
so teringin nak masak feberet my hby
AYAM MASAK KARI
^_^ simple je..
lain orang lain masakan
so masakan ni my version
kira simplelah, x yah byk2 bahan
Meh try sama-sama

AYAM KARI SITI ^_^

1 ekor ayam - potong
1 biji kelapa - ambil santannya
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
1/2 SB serbuk cili
2SB gulai cili kering blender
2 tangkai daun kari
3 biji bwang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
Sedikit halia - dihiris
1/2 kiub pati ayam knorr
4 biji kentang - belah dua
Sedikit alat penumis (3 serangkai)
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 halia

CARA :
Campurkan cili serbuk ke dalam mangkuk yang berisi cili kering blender. Masukkan juga bahan yang di tumbuk.tumis alat penumis, daun kari, bawang2 yang dihiris serta halia hingga wangi.
Seterusnya, perlahankan api jap, masukkan serbuk kari, kacau rata supaya baunya bangkit.
Kemudian, masukkan bahan yang telah di gaul dengan cili kering tadi. Masukkan semua.
Kacau, api jangan kuat sangat, sederhana jer, supaya bahan rempah tidak hangit. Setelah naik minyak, masukkan ayam.
Bila ayam kelihatan kecut sedikit, masukkan santan & kentang. masukkan garam & juga kiub ayam tadi Bila kuah dah gelegak agak lama, perlahankan api supaya minyaknya naik. Kemudian, baru matikan api.

DONE!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan