10 Ogos 2010

Resipi - Nasi Kebuli ^_^


Assalamualaikum ^_^
amacam harini? mood ada ok tak? huhu
hai kadang bila mood x ok kat ofis
semua keja pun x selesai2, tulah mood kena set ceria
dari awal pagi sebelum g keja ehe
nway, yang ni juadah bersungkai siti
haha puasa untuk membiasakan perut ni dari berkeroncong
hihi
kes taisliur, huhu baru 1st membuat
alhamdulillah rasanya pass kot hihi
walhal dapat bali kat kedai je
ni kes taisliur masakan tangan sendiri ( adalagi tu) :p

Sempatlah tapaukan untuk jiran sekeliling huhu dapat byk jua
rasanya 4-5 kontena sedang ^_^

NASI KEBULI

BAHAN-BAHANNYA
beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi/ Margerin
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
bawang goreng dan ubi kentang sebagai hiasan

CARANYA

Cairkan minyak sapi dan tumis halia, serai, daun pandan,buah pelaga, bunga cengkih dan bahan kisar halus, masukkan serbuk kunyit dan kacau. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng 2 - 3 minit, gaul rata2. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi betul2 tanak. kacau seketika untuk mendapatkan nasi yang sama rata masak ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan