06 November 2010

Resipi - Daging Ala Bistik ^_^


Salam Isnin semua ^_^
TQVM to yang sentiasa singgah menyubuk dapur siti ni
Alhamdulillah Misi La BuEno
berjaya menepati citarasa my loyal customers
Lov u Ols ^.^

owh hampir terlupa siti nak upload masakan daging ni
kadang bila ayam jadi pujaan kat rumah siti
mahu jua kan makan daging sekali sekala
^.^

resipi simple but YuMMY
^__^
Try jgn x try hihi

DAGING MASAK ALA BISTIK

Bahan-bahannya:

Daging dihiris nipis
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air

sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak untuk menumis

Bahan untuk kisar:

Bawang Besar

sedikit lada padi

Lada Merah

Cara membuat:

Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari daging kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana hingga masak.Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit. sesuaikan dengan garam dan perasa. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

DONE ^__^

5 ulasan:

  1. ~lavenderlover, kan try dear ^_^

    BalasPadam
  2. tq share resipi..akak dah buat..izinkan akak share katumah akak ye..tq

    BalasPadam
  3. TQ ka jun sudi singgah ke dapur siti ni ^__^
    sila2 ehe...

    BalasPadam
  4. sangat simple dan sedap

    BalasPadam