26 Oktober 2012

Resipi - Daging masak Hitam Manis ^__^ mestilah ada ubi kentang...


Soelah ye lately x update dapur siti ni ehe ^.^
kesihatan x berapa mengizinkan, alhamdulillah ni recover jugak sikit
sempena hari raya ni kan uhu...
nak celebrate dgn mr lov n lil haiqal...
tu yang jadi semangat masani ^___^

sekadar nak sharing resipi daging ni
sesuai sgt untuk kenduri kendara tau..
dari sudut rasa memang sedap
^___^


DAGING MASAK HITAM MANIS ^__^

Bahan-bahan A : (Disatukan dan diperap)

Daging - ihiris nipis-nipis
1 bungkus (40 gram) perencah lada hitam
1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan-bahan B (ditumis):

Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia - dimayang

Bahan-bahan lain:

4 biji ubi kentang - dibelah 4
2 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam sarawak
2 labu bawang besar - dihiris bulat
sedikit lada padi
Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

Perapkan bahan-bahan selama 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan.  Masukkan bahan-bahan A yang telah diperap tadi. Masukkan air secukupnya dan kacau rata. Masukkan sos cili thai, kicap manis, dan sos lada hitam dan kacau lagi. Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging belum empuk, boleh tambahkan air lagi. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang. Perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya anda mahukan kuah lebih, boleh tambah air. Masak sehingga ubi kentang empuk. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili padi. 

DONE ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan