15 Oktober 2012

Resipi - Daging Masak Kicap BerLada hitam ^__^ Pedas tapi SEDAP....

Alhamdulillah..nak dekat bulan 11 ni, hati siti cukup berdebar, mana taknya
my lil haiqal dah nak masuk umur 1 tahun
dah nak jadi toddler lagi uhu...

wah...cukup membesar dengan sihat my haiqal..
Syukur alhamdullillah, dengan kurniaMU Ya Allah...
~~semoga kesihatan dan kebahagiaan sentiasa bersama kami Ya Allah, Amin...~~

last weekend, dah tried cuba resipi simple ni
overall rasanya sedap, pedas n masin at the same time ehe
^___^
Ubi kentang memainkan peranan as memkombinasikan rasa masakan daging ni...

jom try sama-sama...


DAGING MASAK KICAP BERLADA HITAM ^___^

1/2 kilo daging ( dihiris nipis )
3 SB kicap manis
1 SB kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih + Bawang besar - dikisar
2 SB Lada Kisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya

 Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.  Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan lada hitam, garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau...

DONE ^___^

Nota - boleh tambah ubi kentang jika suka, i like toh....


ngeee....buat my TEH C SPECIAL ^___^
simple je, beli je gula teh c special kat kedai, ada jual B$6plus
buat teh tarik...
bubuh ais...

wah jadilah  TEH C SPECIAL HOMEMADE...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan