29 Januari 2010

Birthday Maltz ordered by Nurse Ryanna ^_^


Unique sikit my Maltz aa ^_^





sebelum tu, siti nk cerita dulu lah ye pasal kek birthday kali ani, my new customer requested for bday Maltz yang unik n yang siti nda pernah buat, fikirlah punya fikir,a2 pun dengan idea hby sikit ehe..maklumlah dis order really last minute huhu, otak pun jam (actually kan break, everyday baking doi), after talked with her, kan cari kelainan for bday her lovly hby, siti nda sampai hati kan kecewakan (terfikirlah mcmana klu siti dalam situasi mcm a2, kan g surprizz utk husband tersayang nda ja) coz mengikut ceritanya, MALTESERS is his feberet coklat...hmmm...really nda sampai hati, dengan harapan tel siti directly lagi tu...so dengan ikhlas siti jua, siti terima saja ( lepas ani, gerenti ramai ta yg belajar merayu2 dengan siti ni ehe ^_^ )

Tanda cinta seorang isteri, tadaaa...
TQ Nurse Ryanna di Rimba for Birthday Maltz for her lovly hby ^_^
TQVM jua 4 da great comments ^_^

27 Januari 2010

My Special Birthday LoChi ordered by Hjh Noriz







gara-gara siti showkan pics yang menawan, menggoda,cute-cute uslnya n yang penting memberi taisliur, masuk kelmarin 28 my readers text siti, nda sabar kan tau apa kek siti showkan a2 ehe...

Layered LoChi ordered by Hjh Noriz di Jerudong for niecenya yang ke-12tahun..be a good girl..special banar kek ani, coz my customer ani yang tetapkan harga ehe..normally kan siti biasa tanya budget for birthday cake ani, but my customer ani menetapkan tarus..fush..berlegar2 dalam otak siti tarus, kan memndeko mcmana dengan nilai yang dibaginya..alhamdulillah, happy jua mendengar every1 suka da cake ^_^

Berbaloi-baloi :)

TQVM Hjh Noriz di Jerudong for 1Special Bday LoChi n 1F LoChi
Appreciate jua coz trust siti ^_^

Resepi - Sambal Tumis Peria ^_^



Seperti yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya.
Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti
mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein,
lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.

Dipercayai
sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit
kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap
pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu,
ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu& minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Peria
juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul, kudis
buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan peria
& secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit
setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria. Ia
juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia
mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.



actually siti buat ni untuk my dad, coz my dad suka makan sayur ani, at da same tym jua, its good for pesakit darah tinggi, but mesti konsisten,f sekali dua, memang nda nmapk kesanya ehe..apa-apa ni mesti konsisten saja...baru ta tani merasa kesan baik ,nda ja ^_^ (shhh...even siti masak, siti nda pandai makan ehe, pandai masak ganya huhu)

SAMBAL TUMIS PERIA

1 Biji Peria Besar
Cili kering
bawang merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
udang kering/ikan bilis
garam
gula
1 sudu makan sos tiram
kalau suka masukkan kiub pati ikan bilis
sedikit asam jawa ( my teknik supaya pahit peria nda berapa terasa ehe)

caranya:
1. blender cili kering dan potong kecil-kecil semua bahan yang lain dan tumis macam kita buat sambal tumis biasa.
2. akhir sekali baru masak peria

Birthday Maltz from Ryna di KB


my Maltz covered with MALTESERS,yummy ^_^






Bday Maltz ordered by my customer di KB,Ryna for her beloved Bonda..requested for layered maltz ehe...alhamdulillah tercapai jua menbuat kek bday berlayer macam ani..

TQ Ryna di KB for 1F Birthday Maltz n 1F Maltz ^o^

Tempahan for my promosi Half Cake ^_^


my 1st customer ordered my marble Cheese , my Ka Anna, TQ ka ^_^, for da great response ehe







Assalamualaikum semua..hmm..sori agak terlewat update blog, wah...bz sgt2...kena relax2 je dirumah sambil tenangkan jiwa eiseh..my part tym keja sentiasa dibuat, huhu bakinglah ehe ^_^...yang ani orderan tym weekend ke monday n ke tues ehe

TQ Cgu Intan di Mentiri for 1H Chezy Brownies
TQ Diana TJ for 1H LoChi n 1H Maltz
TQ Ka Anna di Barek Polis Gadong for 1H Maltz,1H LoChi n 1H Chezy n 1F Marble Chese
TQ Cgu Nadia di KB for 2F LoChi
TQ Nanie di Muara for 1H Chezy Brownies
TQ Zafia di Muara for 1H LoChi n 1H Chezy
TQ Hanie di Beribi for 1H Maltz
TQ Mr Boy di Kulapis for 1F Maltz
TQ Riz di Berakas for 1H Maltz n 1H LoChi

24 Januari 2010

Cuba Teka Kek Apa ni ???ehehe





adoi ma, kek bday apa ni??boleh teka ke?ehe kasi suspen lagi...biar kamu fikir2 ehe...
will kasitau later k...layanzz my gorgeous l pics ja..yummylicious ^_^

Resepi - KoloMee Chicken Siti



ni aktiviti masak2 siti, actually untuk tapau siti bawa ke ofis, bawa sikit2 untuk makan diofis maklumlah, kadang2 f luan bz, nda sempat kan makan ehe...taruh atas meja, mesti semua tanya, kan di makan T? awu...ehe..so semua ta makan sapa2 yang masuk ke ofis siti ehe..ok, tani try sama2 k, resepinya...really simple..buat subuh2 sebelum keja, boleh jua di bawa ke ofis, save jua budget,nda bekfas di rest ehe ^_^

KOLOMEE WITH CHICKEN ^_^


bundles wantan noodle ( ada jual kat huaho ehe)
1 chicken thigh meat- cut small pieces-coat with cornflour
6 floret broccoli-sliced smaller
1/4 carrot, sliced
1/2 cup stock
1 tbsp oyster sauce
1 tbsp chopped garlic
1 tsp chopped ginger
1 tsp dark soy sauce)
1 tsp sesame oil ) mixture A (yang ni siti nda tambah)
dash pepper )
1 tsp crispy fried garlic granules

1.Boil water with a tablespoon of oil and drop in noodle to cook through. Drain. Add mixture A.

and mix well.Put in a serving plate and keep warm.
2.In a wok, heat 3 tbsp oil, saute the coated meat to a little crisp and then add garlic. Stir

and then add broccoli and carrot. Mix and add stock and oyster sauce. Season with pepper and

salt.
3. Cook till almost dry and thick sauce. Add onto noodle and garnish with sesame seeds and fried garlic. serve straight away ehe...sodap...tani masak tani rasa ryte ^_^

Tempahan Weekend ^_^,






assalamualaikum semua, ehe seperti biasa, tempahan seperti minggu, TQ ol ^_^
ni flight kelmarin, alum g terupdate untuk tempahan harini ehe, bz baking, alum ter updte pic ehe, layanzz je yg harini lu k

TQ Sarimah di Sultan' Flight for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Aidah n Fren di MOF for 2H Maltz
TQ Aizah di Kasat for 2H Chezy Brownies
TQ Maria di Subok for 2H LoChi

TQ every1, nanti2 lagi ye...^_^

Khasiat Tomato dan Bawang Merah ^_^



TOMATO

 Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .
Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

BAWANG MERAH

BAWANG merah yang biasa kita kenal, atau ada juga yang memanggil bawang kecil telah dikenali dengan beberapa bahasa seperti 'shallot' atau nama kimianya allium cepa var ascalonicum. la termasuk dalam golongan rumput liliaceae. Kononnya bawang merah atau bawang kecil ini berasal dari kawasan atau bahagian Asia Tengah, seperti juga di kawasan di mana datangnya bawang putih. Dengan lebih tepat lagi bawang merah ini terdapat asalnya di kawasan kota tua Askalon Palestine Tenggara.

Dari kawasan inilah kemudiannya datang para pedagang dan membawanya datang ke bahagian-bahagian lain di dunia ini hinggalah ke Eropah dan ke Asia hingga sampai bahagian dunia sebelah sini.

Bawang merah boleh hidup dengan suburnya jika dia mendapat tanah dan baja yang subur, gembur dan sering dipupuk dengan tanah yang baik setiap waktu.

Sebaik-baiknya ketika menanam bawang merah jauhilah dia dari ditumbuhi dengan rerumput lain yang kering mengganggu kawasan kelilingnya.

Khasiat bawang merah:

Terlalu banyak digunakan untuk masakan dan ubatan. la mengandungi zat-zat makanan yang berguna seperti zat putih, telur, gula, kalium, phosphor, zat besi, fluor, belerang, vitamin C (terdapat 10-15 gram di dalam setiap 100 gram bawang merah), vitamin B, pantothen dan karoten.

Selain dari itu bawang merah juga berkhasiat menghairahkan hati, menggiatkan kerja jantung dan menenangkan sarat. la juga berkhasiat bagi mereka yang menderita penyakit selsema dan penyakit cacing.

Bawang merah ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dikupas kulitnya dan dibersihkan. Bagaimanapun tidak semua mereka yang menggemarinya.

Tetapi ramai juga mereka yang menggemari bawang merah jika dibuat ulam ataupun pencecah makanan seperti dibubuh kicap, cili dan lobak asin serta ikan bilis. Bawang merah ini memang banyak khasiatnya jika dimakan mentah-mentah.

Selain dari itu bawang merah ini juga sedap dimakan jika dibuat acar atau campuran kepada makanan iaitu sebagai bahan penumis. Bawang merah yang digoreng dapat menambahkan rasa sedap serta enak kepada berbagai jenis makanan.

Kulit bawang merah ini jika dikumpulkan boleh digunakan untuk dijadikan pewarna kepada kulit telur pindang yang boleh menukarkan warna coklatnya setelah direbus. Daun bawang juga boleh digunakan kepada berbagai jenis campuran sayuran.

Bagaimanapun lazimnya bawang merah yang masin segar lagi digunakan untuk membuat rempah-rempah khusus dipanggil jamu untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun bawang merah. ini amat sesuai sekali untuk dijadikan bahan masakan, bagi segala jenis masakan baik orang-orang timur mahupun barat.

Pendeknya segala bangsa menggemari bawang merah sebagai salah satu dari bahan perencah untuk dijadikan bahan makanan mereka dari dulu hingga sekarang dari sejak ia mula-mula ditemui.

22 Januari 2010

ICE CREAM VANILLA ^_^



gara-gara team liverpool kan live di tv, tangan siti ni sibuk ta membuat somethings yang sweet n sejuk2 tekak rasanya ehe..terfikir jua kan buat ice cream, hby suka makan ice cream vanilla n siti lak suka makan ice cream coklat ( dicombine jadi zebra ehe), so mau buat senang saja...ice cream vanilla...taisliur jua kan makan ice cream float mcm kfc ehe..very simple kan membuat..siti dapat buat dalam semangkuk sedang ice cream ani ^_^, better try it..

ICE CREAM VANILLA

* 1 biji Telur
* 1/8 sk Garam
* 2 cawan Susu Segar
* 3/4 cawan Susu Condensed yg Manis
* 1 sk Vanilla Extract

Cara-cara

1. Pukul telur sehingga kembang. Masukan bahan2 lain sambil pukul.
2. Masukkan campuran telur yg dipukul ke dalam aiskrim mesin, sedikit demi sedikit. Ikut arahan kat mesin.
3. Bagi yg tidak ada aiskrim mesin, tuangkan campuran telur itu ke dalam bekas.
4. Masukkan bekas ke dlm freezer. Kacau/pukul dgn hand mixer setiap satu jam utk 3 kali. Biar beku sebelum dihidangkan.

Tips: Bagi yg suka manis, guna lebih condensed milk dan kurangkan susu segar.
kalau suka kurang manis pun boleh dikurangkan ehe..

50 langkah bistari menjadi seorang ISTERI MITHALI ^_^


HaPPy friday semua..yeii....weekend mari dah ^_^



disini siti nak kongsikan pembacaan yang siti cukup minati, adeh...f bab rumahtangga, siti suka baca selain buku motivasi..hidup mesti positif, kena optimis dalam menghadapi hari-hari mendatang ryte? ehe..langkah mesti diteruskan walau macamana rintangan di hadapan tani..pelbagai cabaran dan dugaan pasti menunggu..yang penting tani mesti bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menembusi semua cabaran..ieseh...boleh jadi kaunselor dah ni huhu ^_^

LANGKAH BISTARI ISTERI MITHALI

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.

15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.

16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.

17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.

18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.

19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.

20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.

21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.

22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.

25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.

26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.

27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 'Qul'.

29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.

30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.

31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.

32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.

33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.

34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.

35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.

36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.

37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.

39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.

40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.

42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.

43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.

44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.

46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.

47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.

49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.

50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin.


-----------------
'Dalam Kerendahan Diri
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa....'

21 Januari 2010

Promosi half My Cakes diz weekend ^_^


tambahan 1 kek ehe, my Chezy Brownies




seperti biasa, my half promosi diz weekend

Half Chezy Brownies $9
Half Maltz $14.00
Half LoChi $13.50

TQ to those yang awal booking ^_^

pls txt me at 7140236

PS - 3H Maltz,3H LoChi n 3H Chezy brownies (doi ma, udah tia kena booking)

Resepi - Ayam Goreng SPICY my style ^_^


doi...kuit bnr my ayam ani,ehe..siti nda berapa suka ayam besar2..coz normally masani diliat bentuk ayamnya besar-besar..kena botox semuanya ehe...its mean byk ta hormon masuk ke badan tani tu hm...payah jua aa, masani pyh banar kan meliat ayam kiut2 ehe..but anyway, dimalam siti menggoreng ayam ani, makan meratah2 kami dua lepas siti siap baking...ops...lupa update pics...nanti ye...f rajin, trylah my ayam goreng ani...sure...sodap...makan meratah saja yum..yum...

AYAM GORENG SPICY

* Ayam diperap dgn serbuk cili secukupnya, perap 1-2 jam
* 1 kotak tepung goreng ayam,any brand
* 4 tbsp cili kasar
* 1 cawan tepung gandum
* Garam
* Air sejuk semangkuk yg kalau masukkan seketul ayam
* Minyak utk deep fried...

Cara-cara

1. Campurkan tepung ayam goreng, tepung gandum, cili serbuk,garam sedikit, kacau mesra.
2. Ambil seketul ayam yg telah diperap tadi... golek2 kan atas tepung, tepung tebal melekat, angkat dan celup2 kan sebyk 3 kali di air ais or sejuk tu, angkat dan golekkan semula pada tepung, kalau tepung macam banyk..
3. Goreng minyak yg penuh... sehingga masak dan golden brown

gerenti rangup punya ehe ^_^

My Marble Cheese ^_^




Perkenalkan disini my new member dalam dapur siti ani ehe..jeng-jeng...

MY MARBLE CHEESE
$18
9X9

Khasiat Kubis dalam permakanan ^_^



KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati
penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam

19 Januari 2010

Resepi - Bendi masak sambal ^_^



ni sayur waktu weekend siti ehe...simple saja but penuh khasiat...try lah ^_^

BENDI MASAK SAMBAL


10 biji bendi di potong serong
isi ayam di cincang digoreng
5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 biji bawang besar dicincang
Lada sulah
Garam dan ajinamoto

Cara-cara

Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. dan kemudian masukkan isi ayam tadi.Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
*Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.

ANTARA KHASIAT KACANG BENDI, its good ^_^

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu

i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru dan sakit kerongkong

Resepi - Kuih Getas ^_^



setiap kali ke pasar gadong, hby siti selalu berkirim minta balikan kuih getas ani...hmmm ada feberet gerai disana yg hby suka bnr getasnya...ehe..siti pun suka jua since ia nda berapa manis n soft texturenya..ani aktiviti siti last weekend, untuk minum petang siti sambil2 menunggu hby balik keraja, ehe...tekarih ta jua kan membuat ehe, kan surprizz hby jua tarus ehe...nasib baik jua, nada letupan berlaku huhu...maklumta tym2 menggoreng perlu ingat2, takut memercik minyak ehe...really simple masakan org ktani ani..success jua ^_^ happy nye...bah try2 ta membuat..coz rasanya masani payah kan meliat makanan ani, digerai saja berjual...f taisliur membuat kan senang...Siti ani, f hby suka makan, siti tkarih n mencari sampai dapat resepinya ehe...mengikut taste hby lah...siti sanggup..ehe...tani kongsi2 sama2 k ^_^

KUIH GETAS

Bahan-bahan ( dapt lebih kurang 16-18 biji )

250 gm tepung pulut
150gm kelapa parut
130 ml air
secubit garam
* 3/4 cwn gula
* 1/2 cwn air

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
Kepal bulat2 dan dileperkan (bujur pun boleh) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.

tara.... siap dah untuk minum petang ieeeeha.....

Tempahan setiap minggu ^_^





alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5428312524933207650" />






Assalamualaikum semua...hmmm setiap minggu ,ani ta yg memBZkan siti ehe...dari pagi ke ptg, mesti baking saja memanjang...alhamdulillah rezeki sentiasa datang...TQ semua yg sentiasa support siti...sentiasa lambai2 siti n said Go Siti Go Siti ( eh ada kan ehe)..moga Allah Ta'ala sentiasa memberkati tani semua amin...

last wk, siti cuma buat on sunday, ehe...nanti siti cerita k apa jadi on sat (ala...yg biasa2 siti buat promosi on sat kan)..k udahlah, layanzz je customer2 siti ^_^, panjang ceritanya ehe..

TQ Zai di Sultan Flight for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Gnina di Lambak Kanan for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Mila di Tutong for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Diana TJ for 1H Maltz n 1F Chezy Brownies
TQ Ka Anna di Barek Polis Gadong for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Nelly MOF for 1H Maltz n 1H LoChi
TQ Niea di Tutong for 2H Maltz n 1H LoChi
TQ Be'ah di Manggis2 for 1H Maltz
TQ Hjh Ziah di Mulaut for 1H LoChi
TQ Hjh Zainatul MOD for 1F Maltz

TQ semua yg sudi g komen n mana2 suggest, siti will consider k ^_^