04 Mei 2010

Khasiat Terung dalam Kesihatan ^__^

ok,disini siti share tentang khasiat terung

( mentang-mentang masak terung hihi)

manalah kot2 xde yang tau kan, so share benda yang baik , much better, nda je ^__^

ok, dgr cerita tok guru di bawah ani^__^

Mungkin tidak ramai yang gemar memakan terung ( siti baru jua belajar kan makan hihi). Namun, terung juga mempunyai banyak khasiat di dalamnya, walaupun kita tidak menyedarinya. Paling penting, ia mempunyai kandungan lemak yang rendah dan mengandungi sedikit serta.

Tetapi melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrient. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan