12 Mei 2010

Resipi - Nasi Goreng USA ^___^

Mine - Daging masak merah, ayam n Nasi Putih ( saja xnak goreng nasi hihi)
ops, patut nama daging USA je ye
x pe nanti tani goreng nasi lagi ^__^)

ni n3 yang dah lama terperuk hihi
alhamdulillah kuar jua akhirnya ^__^
bila tgk kat dalam pinggan ni, fuh...byknye...
kenyang jua perut dibuatnya

ada ayam, telur goreng n daging masak merah, 3 in 1
best kan
ni untuk lunch kitaorg
sesuai sgt bila tani ada free2 tym sikit
dapatlah untuk buat makan 3-4 org
^__^

makan kat rest, dah berapa pricenya
better buat sendiri
lebih jimat
walhal senang nak masak nasi goreng ni hihi
n3 ni untuk resipi isi nasi goreng USA
nanti kita goreng k ^__^


DAGING MASAK MERAH USA

Bahan-bahan:

daging- potong kiub besar dan rebus

3 ulas bawang merah ditumbuk kasar

3 ulas bawang putih ditumbuk kasar

1 biji cili merah dipotong serong

1 biji cili banggala hijau

1/2 biji bawang besar Dihiris

1 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili (ikut citarasa)

1 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil sos ikan

sedikit pewarna merah

Cara-cara:


1. Keluarkan ketulan daging yang telah direbus tadi. Hiris nipis-nipis. Campurkan dengan 1/2 cawan air rebusan di dalam mangkuk. Letak sedikit pewarna merah.

2.Selepas 10 minit, toskan daging dan ketepikan dulu air perapan tadi.

3. Panaskan 2 sudu besar minyak. Goreng sebentar daging lepas tu terus masukkan bawang merah, putih, cili merah, cili padi. Tumis seketika hingga wangi.

4. Masukkan cili kisar. Goreng sebentar.Masukkan air perapan daging tadi. Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan. Kacau.

5.Masukkan lada benggala, bunga kobis dan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan